Lelaki Cina Ini Ditegur Memakai Baju Melayu Dengan Seluar Pendek, “Respect pada uncle…”

Apabila tiba musim perayaan, bukan hanya kaum yang meraikan sesuatu perayaan itu sahaja yang boleh mengikuti tradisi budaya masing-masing.

Hidup dalam masyarakat berbilang bangsa bermakna semua kaum dapat berkongsi menikmati kemeriahan sambutan hari perayaan seperti menghadiri rumah terbuka, menikmati makanan tradisional masing-masing dan menggayakan pakaian kebudayaan bagi menunjukkan rasa hormat dan sokongan.

Perayaan yang kita raikan pastinya akan menjadi lebih meriah sekiranya ada kaum lain yang turut bersemangat memakai pakaian tradisional kita pada hari istimewa tersebut.

Begitu juga yang ditunjukkan oleh seorang lelaki Cina ini apabila dia cuba berpuasa ketika bulan Ramadan.

@bapaydence##puasachallenge 6 at ##intercontinentalhotel KL ##ootd

♬ “Vacation” by Dirty Heads – Nagma Mirajkar 💜

Walaupun percubaan pengguna TikTok atas nama Bapaydence itu gagal beberapa kali di mana dia sebelum ini hanya berjaya puasa setengah hari dan pernah juga pengsan, salah satu video yang dikongsikannya menunjukkan dia berjaya juga akhirnya bertahan hingga ke waktu berbuka sementara menetap di hotel.

Apabila bapa tersebut turun ke restoran untuk berbuka puasa, dia mengenakan baju Melayu yang sama padan dengan anak lelakinya.

Namun lelaki berkenaan bertindak memadankan baju Melayunya itu dengan sepasang seluar pendek.

Selain ditegur pengikutnya, lelaki berkenaannya juga ditegur oleh seorang pakcik di hotel tersebut yang datang ke mejanya untuk memberi tahu bahawa cara dia memakai baju Melayu adalah salah.

@bapaydence

Reply to @abdwxfi #puasachallenge 9 #howto #bajumelayu at Serena brasserie

♬ Balik Kampung – Dato’ Sudirman

Lelaki berkenaan menerima teguran itu dengan baik dan mengucapkan terima kasih kepada pakcik berkenaan, sekali gus membuat penonton kagum dengan sikapnya itu.

“Supaya adat pakaian raya melayu terjaga…”

”Respect pada uncle yang tegur…”

Sumber TikTok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …