Connect with us

#pop

Lelaki Ini Upah Pekerja Untuk Bersihkan Kolam, Tapi Lain Pula Yang ‘Bersih’

MEMBELA ikan barangkali antara hobi yang memberi ketenangan kerana berbanding haiwan lain, ikan tidak sukar dijaga malah memberi banyak kelebihan seperti menceriakan suasana serta mengurangkan tekanan.

Ikan sebenarnya mempunyai personaliti tersendiri dan adalah amat penting untuk mengetahui perkara asas sebelum memilih ikan sebagai hobi anda.

Jika salah teknik penjagaan, senario buruk mungkin akan terjadi sehingga mengorbankan nyawa ikan. Malangnya, itulah yang terjadi ke atas individu bernama Muhd Ashnur ini.

Menurut Ashnur, dia berhasrat untuk membersihkan kolam ikan koi miliknya dengan mengupah seorang pekerja. Beliau telah mengupah seorang pekerja yang dikatakan kurang berpengalaman atas niat ingin membantu pekerja tersebut.

Tetapi, lain pula jadinya apabila ikan-ikan dibela Ashnur ’dibersihkan‘ sekali oleh pekerja itu. Lebih mengoyakkan hati, ikan yang dibela Ashnur kebanyakan jenis koi dan untuk makluman harga seekor ikan koi sangatlah tinggi di pasaran.

Melihat dari gambar dimuat naik, kelihatan Ashnur sangat kecewa. Ikan-ikan Ashnur mati tersusun dan jumlah ikan belaannya yang mati sangat banyak.

Perkara ini telah mendapat perhatian di media sosial terutama Facebook dan Twitter. Terkesan dengan perkara yang terjadi, seorang individu tampil kongsikan kisahnya mengalami perkara yang sama sewaktu membersihkan kolam ikan ayahnya.

Menurut Syuhada, untuk membela ikan, ia memerlukan penjagaan rapi dan untuk menukar air, prosesnya harus dilakukan secara berperingkat.

“Nasib baik tak kena buang rumah. Tahan telinga ajelah”

Apa boleh buat? Hendak tak hendak, kena juga hadap. Semoga tabah Muhd Ashnur menghadapi dugaan ini.

Continue Reading

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya