Connect with us

#news

Lelaki Tak Kisah Lamborghini Hancur, Asalkan Ibu Tunggal Pemilik vivä Tak Putus Rezeki

Tindakan pemilik Lamborghini, Thomas Heng yang menghadiahkan sebuah Perodua Myvi kepada pemandu wanitä selepas kereta mewahnya terbabit dengan kemalangan mendapat perhatian netizen di media sosial.

Menurut lelaki berusia 40 tahun itu, kes diselesaikan secara baik tanpa pergaduhan dengan pemandu Perodua vivä tersebut malah tidak mengambil kisah soal wang sebaliknya hanya ingin meringankan beban wanitä berkenaan.

“Ini bukan soal ada wang boleh beli apa saja, tetapi apa yang saya buat ini lebih kepada untuk memudahkan urusan dan mengurangkan seberapa boleh beban dialaminya.

“Hati saya tersentuh bila mengetahui wanitä itu ibu tunggal anak tiga dan bimbang dia terputus sumber rezeki, saya membuat keputusan membelikannya Myvi terpakai untuk memudahkan pergerakannya menghantar pesanan dijual menerusi atas talian.

“Paling penting moralnya, tidak semua perkara perlu digaduhkan, selagi mana boleh selesai, selesaikanlah cara baik dan berhemah,” katanya.

Melihat keadaan itu, Lamborghini di belakang seolah-olah ingin memintas dari sebelah dalam jalan, menekan minyak untuk terus kekal di jalan dan hala yang sama.

Namun apa yang berlaku selepas itu agak menyedihkan. Supercar berkenaan telah merempuh Viva di hadapannya dalam kadar yang kuat.

Dalam video yang boleh dilihat ini, Viva berkenaan terpelanting dengan bahagian belakangnya remuk teruk. Bagaimanapun, nasib menyebelahi mereka – tiada siapa yang cedera serius. Mujur tak ada orang duduk di kerusi belakang Viva.

Lamborghini crash Viva video is here 😨

Lamborghini crash Viva video is here 😨Join us : Sky Eye Malaysia group

Gepostet von Sky Eye Malaysia am Mittwoch, 8. April 2020

Ahli perniagaan itu turut membuat perjanjian bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini pada masa depan dengan menjelaskan bahawa beliau rela hati membelikan kereta Myvi itu tanpa perlu dibayar semula wanitä tersebut.

Beliau juga tidak menuntut sebarang ganti rugi termasuk wang tuntutan insurans daripada kerosakan vivä itu selain menjadi hak wanitä berkenaan sepenuhnya untuk kegunaan demi membesarkan anak-anaknya.

Siap ‘design’ iklan perniagaan milik wanitä tu lagi!

Laporan polis dibuat. Tetapi, ceritanya tak habis di situ sahaja; pengakhirannya lebih manis. Menurut laporan, pemandu Viva itu merupakan seorang ibu tunggal, yang mengusahakan servis penghantaran makanan masak di rumah ketika PKP.

Ketika kejadian, adiknya yang memandu yang ketika itu sedang dalam perjalanan mengambil bekalan kotak makanan untuk perniagaan mereka. Biasanya, tiga anaknya akan ikut sekali, tetapi disebabkan PKP, hanya dia yang memandu berseorangan.

Mujur ada kisah seperti ini yang membuatkan kita kembali merasa adanya harapan untuk kita semua terus berada dalam kebaikan.

Kepada yang memandu, tidak kira bila anda keluar dan ke mana pun tujuan anda – semasa PKP atau pun sebaliknya – selalulah beringat untuk berhemah di jalanraya.

Sumber : Harian Metro

Continue Reading

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya