Connect with us

#news

Lepas sedekah aircond, Ebit Lew mengagihkan 10,000 ‘face mask’ kepada orang ramai

Figura Ustaz Ebit Lew sememangnya sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Sejak dari awal Covid-19 melanda negara ini, pendakwah terkenal itu telah menjadi antara orang yang paling gigih menghulurkan bantuan kepada para petugas kesihatan dan juga masyarakat setempat.

Jika sebelum ini beliau ada mendermakan penghawa dingin kepada Hospital Shah Alam, yang merupakan salah satu lokasi tumpuan rawatan pesakit Covid-19, malam tadi sekali lagi pendakwah tersebut melakukan kebaikan kepada orang ramai.

Edar kepada orang ramai

Dalam pada itu, Ebit Lew menyatakan bahawa apa yang dia lakukan ini diharapkan menjadi saham akhiratnya kerana sekarang ini ada perkara yang lebih diperlukan berbanding duit.

Pendakwah tersebut menggunakan khidmat runner dari Bungkusit untuk membantunya mengedarkan penutup muka kepada orang ramai.

Duit jadi nombor dua

Menerusi media sosialnya, Ebit Lew telah membeli 10,000 penutup muka atau Face mask daripada beberapa orang penjual bagi diedarkan kepada orang ramai.

 

Semoga ustaz dimurahkan rezeki

Sehubungan dengan perkongsian yang telahpun mendapat 46,000 tanda suka di Facebook, rata-rata warganet telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pendakwah terkenal itu.

Sumbangan yang diberikan bukan sahaja membantu orang ramai, malahan turut memberikan contoh yang baik buat semua. Semoga dengan sedekah yang diberi membuahkan lebih banyak pahala buat ustaz.

Semoga lebih ramai insan seperti ustaz

Jom kita sama2 beri sumbangan

 

Sumber : Ustaz Ebit Lew

Continue Reading

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya