[ViDEO] Seriouslah Bigfoot Tu Wujud! Perkongsian Pemuda Ini Di TikTok Mendapat 4.2 Juta Tontonan

Perkongsian seorang pemuda yang dikenali sebagai @redduan1 pada aplikasi TikTok memang menarik perhatian ramai apabila ditonton lebih daripada 4 juta kali dan mendapat lebih 300,000 tanda suka.

Melalui video berdurasi 25 saat tersebut, kelihatan kelibat penunggu hutan yang juga dikenali sebagai Bigfoot telah dirakam ketika pemuda ini sedang berada di dalam hutan.

a

BOLEH TONTON VIDEO DI AKHIR SEKALI

“Penunggu hutan gunung yang tanpa anda sedari.

“Perhatian kepada kaki hiking, pencinta hutan dan kaki pancing, makhluk ini cepat bertindak agresif,” katanya.

Selain itu, @redduan1 yang juga merupakan pemuda Orang Asli juga memberi amaran mengingatkan bahawa Bigfoot berkenaan akan muncul setiap kali terjadinya hujan panas.

Oleh itu, dia meminta orang ramai agar selalu berhati-hati ketika ingin melakukan sebarang aktiviti di dalam hutan agar perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.

“Menurut kepercayaan kami, masyarakat Orang Asli, makhluk ini wujud dari manusia keramat yang ghaib dalam keadaan kegilaan atau saintifik lebih dikenali sebagai Bigfoot,” ujarnya.

Ni real ke bang…?

Jika dilihat di ruangan komen, sebilangan netizen kelihatan terkejut dan dalam masa yang sama ada segelintir dari mereka mempersoalkan kewujudan, keberadaan dan keaslian video tersebut.

a

a

a

 

a

a

a

Namun, ada juga segelintir orang kita yang berpendapat menganggap kewujudan Bigfoot itu memang nyata dan real terutamanya ketika hujan panas sering berlaku.

VIDEO:

@one2ka46Minta tolong disharekan,semoga ia bermanfaat buat semua🤲🙏❤️#masukberandafyp #kakihiking #pecintahutan🤗 #camping #tiktokmalaysia🇲🇾 #fypviralシ #kamisempoi#iawujud #kakitravel♬ original sound – Andysukran.

Justeru itu, keselamatan di dalam hutan harus dititiberatkan terutamanya ketika anda melakukan aktiviti hiking dan sebagainya.

Kewujudan makhluk misteri itu mula dilaporkan pada tahun 1811 apabila seorang juruukur menemui jejak kaki besar di Jasper, Kanada.

Gelaran Bigfoot (kaki besar) kemudian digunakan meluas oleh media selepas satu lagi penemuan dilaporkan di Bluff Creek, California, Amerika Syarikat pada tahun 1959.

Kesan tapak kaki besar itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan ramai pihak yang bingung memikirkan spesies hidupan apakah yang memiliki telapak kaki aneh seperti itu.

Misteri berkenaan kemudian semakin menggemparkan apabila beberapa pihak tampil mendakwa terserempak dengan spesies hidupan yang meninggalkan tapak kaki besar itu.

Pelbagai pendapat dikemukakan berhubung kewujudan makhluk misteri ini, antaranya teori Bigfoot-Giganto, menyatakan makhluk itu mungkin sejenis monyet gergasi prasejarah yang hidup pada Zaman Pertengahan Pleistocene.

Monyet gergasi itu dipercayai hidup di Asia, termasuk China dan Asia Tenggara selain Amerika Utara sejak zaman purba. Bagaimanapun, akibat faktor tertentu, spesies purba itu pupus daripada muka bumi sekitar 200,000 hingga 500,000 tahun dulu.

Akan tetapi, ada segelintir kumpulan monyet gergasi itu terselamat daripada pupus dan menyembunyikan diri daripada pengetahuan dunia sehingga kini. Kumpulan monyet itu kini dikenali sebagai Bigfoot.

Bagaimanapun, selama ratusan tahun, masih tiada jasad sebenar Bigfoot yang berjaya ditangkap untuk dipertontonkan kepada umum sekali gus menimbulkan persoalan sama ada makhluk itu memang benar wujud atau sekadar momokan.

Justeru, apabila tersebarnya berita Bigfoot turut dilihat di hutan Semenanjung, ramai pihak, termasuk pengkaji antarabangsa menjejakkan kaki di belantara negara ini untuk memburu makhluk berkenaan.

Malah, sepasukan saintis dan pakar tempatan juga ditubuhkan Kerajaan Johor pada Januari 2006 bagi menjalankan ekspedisi mengesan makhluk itu. Sepasukan penyelidik di peringkat antarabangsa turut `turun padang’ bagi memburu Bigfoot di Malaysia.

Bagaimanapun, seperti juga buruan di kebanyakan kawasan lain di seluruh dunia, misteri kewujudan Bigfoot di hutan Semenanjung masih kekal misteri sehingga kini lantaran masih tiada jasad makhluk aneh itu ditemui.

Check Also

Pulau Batu Puteh: Sultan Johor Bertitah Tindakan Tegas Mesti Diambil Ke Atas Pihak Lakukan Kecu4ian, Sekali Dr Mahathir Jawab Balik

KUALA LUMPUR: Perbandingan Pulau Langkawi dengan Pulau Batu Puteh adalah sesuatu yang tidak wajar, kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published.