Connect with us

#news

Lid… Bila Rumah Terbakar, Bomba Nak Kena Mesyuarat Dulu Ke? – Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Kenyataan tidak puas hati beberapa pemimpin pembangkang yang mempersoalkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bernilai RM250 bilion dibidas Tan Sri Annuar Musa.

Ahli Parlimen Ketereh itu mengulas mengenai ciapan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad yang berkata segala peruntukan itu perlu dibawa ke pengetahuan Dewan Rakyat terlebih dahulu.

“Parah Lid..dah kursus 22 bulan (jadi menteri kerajaan PH), basic pun Lid belum faham…bila rumah terbakar, adakah pasukan bomba patut bermesyuarat dulu atas nama demokrasi Lid??” soalnya di Twitter.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, perkara itu perlu dilakukan di saat genting ketika negara sedang dilanda musibah.

Kriteria Kelayakan Bantuan Prihatin Nasional

Lid… Bila Rumah Terbakar, Bomba Nak Kena Mesyuarat Dulu Ke? – Annuar Musa

Mohon Peruntukan DiBahaskan

Khalid semalam berkata, langkah itu perlu dibawa ke pengetahuan ahli-ahli Parlimen dan dibahaskan bagi memastikan peruntukan itu digunakan dengan jalan yang baik.

“Pakej rangsangan yang dibentang bernilai berbilion maka perlu dibahas untuk menjamin hasil terbaik bagi negara. Begitu juga soal perlaksanaannya. Mesti telus bukan cara BN,” kata beliau.

“Demokrasi menuntut supaya pakej kewangan dibahas di Parlimen untuk menentukan keputusan terbaik dicapai.”

Sebelum ini, beberapa pemimpin pembangkang antaranya Datuk Seri Anwar, Lim Kit Siang dan Nga Kor Ming mahu pakej rangsangan ekonomi terbaru berjumlah RM250 bilion untuk memerangi Covid-19 dibawa ke pengetahuan 222 Ahli Parlimen dan dibahaskan di Dewan Rakyat.

Permohonan baharu mulai 1 Aoril 2020

Bagi mereka yang belum berdaftar, permohonan baharu boleh dibuat mulai 1 April 2020 menerusi laman web rasmi LHDNM: http://www.hasil.gov.my.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian atau LHDNM melalui nombor-nombor telefon atau saluran-saluran berikut:

Lid… Bila Rumah Terbakar, Bomba Nak Kena Mesyuarat Dulu Ke? – Annuar Musa

Jangan Mudah Terpedaya

Kementerian mengingatkan orang awam juga agar berhati-hati dengan scammers yang semakin berani mengambil peluang menipu orang awam yang memerlukan bantuan Pakej PRIHATIN ini. Penerima disarankan merujuk kepada sumber-sumber rasmi dan jangan memberikan maklumat kepada mana-mana pihak ketiga.

Kementerian ingin berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana telah berkongsi pandangan, teguran dan cadangan mengenai Pakej PRIHATIN menggunakan pelbagai saluran. Kementerian melalui Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA), bersedia memastikan bantuan Pakej PRIHATIN disampaikan dengan efisien dan cepat.

Continue Reading

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya