Connect with us

#pop

Lihatlah Bagaimana “3 Idi0ts” Memusn4hkan Keindahan Ladakh

Berpakaian lengkap sebagai pengantin, Kareena Kapoor telah melarikan diri dari perkahwinan, menunggang skuter ke arah Aamir Khan di atas pasir putih dengan mimik muka yang ger4m. Bagaikan mimpi, mereka bertemu dan bersatu semula.

Penggambaran babak terakhir filem itu yang berlatarbelakangkan Tasik Pangong secara tidak langsung memperlihatkan keindahan Ladakh kepada jutaan penonton yang mungkin tidak pernah mengetahui akan kewujudannya.

Lihatlah Bagaimana

Semua penonton filem 3 Idi0ts pasti mengenali tempat tersebut.

Kemegahan Ladakh membuatkan ramai penonton filem itu tesentak akan keindahannya dan ingin berkunjung ke tempat itu.

Sebelum penerbitan filem itu dilakukan, seramai 400,000 pelancong India melawat Ladakh pada tahun 2008.

Ia merupakan jumlah angka yang amat besar bagi sebuah rantau yang populasinya lebih 200,000 orang.

Tiga tahun berlalu, angka 400,000 menjadi hampir empat kali ganda.

Maklumat menunjukkan tiada tanda-tanda pengunjung akan surut dan perlahan semenjak dari itu.

Sewaktu 3 Idiots menjadi tontonan ramai di serata dunia, jumlah pengunjung meningkat secara mendadak kepada populariti yang belum pernah terjadi sebelumnya.

3 Idi0ts Telah Mengh4ncurkan Ek0sistem di Ladakh

“Semuanya bermula dengan filem itu,” kata Noori Noorjahan, seorang pemulih seni dari Leh, ibukota kecil di sekitar Ladakh.

Pengunjung dari luar kini melangkau jumlah penduduk ketika bulan-bulan klimaks musim panas.

Ladakh dibanjiri pelancong bertepatan dengan peningkatan mendadak kelas pertengahan India.

Lihatlah Bagaimana

Semenjak tahun 2005 hingga ke tahun 2010, pendapatan tahunan hampir menjadi dua kali ganda.

Kini, kira-kira seramai 50 juta orang dalam kelas menengah India pada ketika ini.

Pada tahun 2025 akan datang, jumlah itu akan mencecah seramai 583 juta, dan gaji diramal meningkat sebanyak tiga kali ganda dalam lingkungan dua dekad akan datang.

Peningkatan jumlah pelancong ini juga mendatangkan masalah besar kepada kawasan ini.

Sampah sarap mula banyak kelihatan dibuang secara merata-rata.

Sebelum tempat ini menjadi terkenal, lori sampah akan hanya akan datang ke sini mengumpul sampah setiap 8 hari.

Setelah Ladakh menjadi popular, kira-kira 20 buah lori sampah diperlukan setiap hari bagi membawa sampah keluar dari kawasan ini.

Lihatlah Bagaimana

Selain itu, beberapa pencinta alam sekitar juga mengakui pertambahan pelancong dan sampah sarap ini telah menyebabkan banyak kemusn4han flora dan fauna di sekitar kawasan Ladakh.

Dahulunya Biasa Minum Air Dari Aliran

Naib Presiden Perikatan Wanita, Yangchan Dolma berusia 64 tahun telah mengetuai sebuah NGO untuk mengenakan lar4ngan pada beg plastik kerana banyak botol-botol terapung diatas permukaan air Ladakh.

“[Kami] biasa minum dari aliran. Sekarang anda tidak mahu meletakkan tangan anda di dalamnya, apatah lagi mulut anda,” tambah beliau.

Diluar bandar, kenderaan putih kelihatan sedang mengangkut sampah sarap yang berbaris di jalan-jalan gunung.

Lihatlah Bagaimana

Lokasi itu mulai kot0r dan tercem4r atas tindakan pelancong yang tidak bert4nggungjawab menjaga kebersihan alam sekitar.

Sekarang, kecantikan Ladakh kini dicem4ri dengan sampah sarap yang dibuang sesuka hati.

Mungkin pada masa akan datang, ek0sistem Ladakh akan menjadi musn4h jika tidak dijaga dengan rapi.

Kejernihan air di kawasan itu mungkin akan hilang dan menjadi kotor.

Lihatlah Bagaimana

Sebenarnya kisah kemusn4han Ladakh ini hanyalah salah satu contoh bagaimana peningkatan populariti sesebuah kawasan pelancongan tersebut boleh mer0sakkan ek0sistem di kawasan tersebut.

Di Malaysia, contohnya di Bukit Broga juga turut mengalami masalah serius yang sama sehinggakan ianya terpaksa ditutup buat sementara waktu bagi tujuan pemuliharaan.

Sumber: buzzfeed via blogammar

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya