Video | Bagai Samudera Hitam, Suasana Peserta Demonstrasi Berkumpul Dan Bergerak Ke Dataran Merdeka

Sekumpulan individu yang memakai baju hitam dilihat berkumpul berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek, di sini, sejak jam 10 pagi tadi dipercayai bagi menyertai perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan.

Tinjauan wartawan mendapati, kumpulan itu dilihat membawa bendera hitam dengan sebahagian besar daripada mereka memakai topi keselamatan berwarna putih dan merah.

Mereka juga dilihat bertindak agresif apabila dilihat melompat semasa melaungkan slogan ‘hidup rakyat’.

Tindakan itu menyebabkan perarakan berkenaan terhenti seketika selepas pihak polis membuat teguran supaya mereka menjaga penjarakan fizikal.

Sebaik memasuki barisan semula, kumpulan berkenaan meneruskan perarakan menuju ke Dataran Merdeka.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim serta Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah turut dilihat berada di lokasi perarakan.

Pihak polis turut dilihat membuat kawalan keselamatan di sekitar kawasan berkenaan selain menutup beberapa laluan menuju ke Dataran Merdeka, sejak pagi tadi.

Semalam, Harian Metro melaporkan satu poster mengajak orang ramai turun ke jalanan bagi menunjukkan soladiriti rakyat terhadap rakyat tular di media sosial.

Perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan itu dijadual diadakan di Dataran Merdeka jam 11 pagi.

Difahamkan, perhimpunan aman yang bermula pada pukul 11 pagi itu didakwa sebagai usaha segelintir individu untuk menyalurkan suara rakyat.

Turut sama kelihatan di sana adalah petugas-petugas media dan pihak polis yang mengawal keadaan semasa.

Menerjah ke laman Twitter, terdapat banyak ciapan mengenai perhimpunan tersebut dengan tanda pagar #LAWAN. Berikut di bawah adalah antara video-video dan gambar yang dikongsikan netizen ketika berada di tempat kejadian.

Sumber: Twitter

Check Also

Sangka Ibu S4kit β€˜Tertidur’, Anak KeciI TerIena Disisi Jasad Ibu Yang TeIah Tiada

Dugaan setiap insan itu pelbagai. Ada yang sudah diuji sedari kecil lagi sehingga mereka membesar …

Leave a Reply

Your email address will not be published.