Connect with us

#news

Lim Guan Eng Mungkin Akan Di Tahan SPRM Petang Ini Berkaitan Skandal Projek RM6.3 Billion

Lim Guan Eng, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dijangka akan ditahan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuuah Malaysia (SPRM) petang ini.

Menurut laporan dari SPRM, Guan Eng yang juga bekas menteri kewangan Malaysia akan ditahan berkaitan dengan skandal projek terowong dasar laut dan tiga buah lebuhraya berjumlah RM6.3 bilion.

“Berdasarkan siasatan dan kenyataan saksi yang direkodkan sebelum ini menunjukkan ada kes yang kuat yang mendakwa beliau. Ya, paling lewat petang ini,” kata sumber itu sewaktu dihubungi pihak SuaraTV sebentar tadi.

Democratic Action Party (DAP) telah memberitahu bahawa Guan Eng berjumpa dengan peguamnya untuk mendiskusikan berkenaan dirinya ditahan minggu ini.

Dahulunya, Guan Eng dipanggil sebanyak tiga kali ke SPRM untuk memberikan keterangan.

Pertama kali beliau hadir, bertujuan untuk bantu siasatan kes pada tanggal 26 Julai lalu selama tujuh jam sebelum dikatakan beredar dari pejabat SPRM pada jam 7:13 malam.

Lim Guan Eng Mungkin Akan Di Tahan SPRM Petang Ini Berkaitan Skandal Projek RM6.3 Billion

Sementara itu, dilaporkan bahawa Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang dan beberapa individu lain juga membantu beri keterangan mengenai projek gergasi yang melibatkan anggaran kos sebanyak RM6.3 bilion.

Datuk Seri Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM dilaporkan keseluruhan siasatan ini berkait dengan pengubahan wang. Bermula dari tahun 2017 lagi kes ini disiasat oleh pihak SPRM.

Projek gergasi itu dibentangkan dan dirancang sewaktu Ketua Menteri Pulau Pinang dipegang jawatan oleh Lim Guan Eng.

Projek terowong dasar laut itu dikatakan jaraknya sepanjang 7.2km yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Alam di Seberang Perai, dan ianya termasuk dibawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) – SuaraTV

Guan Eng ke SPRM sebelum ini 

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Raasuah Malaysia (SPRM) di sini untuk memberi keterangan buat kali ke-2 berhubung projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Bekas ketua menteri Pulau Pinang itu tiba pada 12.35 tengah hari tadi dengan ditemani peguamnya RSN Rayer.

“Beliau sepatutnya beri keterangan 10 pagi tadi, tetapi lewat sampai sebab kami difahamkan kenderaan dinaiki beliau ada masalah ketika dalam perjalanan,” kata seorang pegawai SPRM kepada media di sini.

Rabu lalu, Lim memberi keterangan selama 6 jam kepada SPRM sebagai saksi dalam siasatan ke atas projek terowong dasar laut.

Sebelum ini, beberapa pemimpin kerajaan Pulau Pinang dan bekas pemimpin dipanggil SPRM bagi membantu siasatan ke atas projek itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki dilaporkan berkata, siasatan ke atas projek RM6.3 bilion itu berkaitan dakwaan pengubahan wang dan dijangka selesai dalam 2 hingga 3 minggu.

Katanya, tanggapan kes itu sudah ditutup tidak betul kerana siasatan berterusan sejak 2017.

Beliau berkata, SPRM sudah mengambil keterangan 32 orang sehingga kini dan mahu menemubual 10 hingga 15 individu lagi.

Setakat ini, seorang bekas pegawai Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang ditahan dan 3 syarikat dis3rbu dalam siasatan ke atas projek itu.

Kredit : MySumber

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya