“Dengar dan percaya cakap org kena rasuk kenapa. Jin syaitan kn sentiasa menipu. Skg dh buat putus saudara..ketawa jin setan..misi berjaya. Cari la perawat islam syarie, Bukan bomoh syirik.” – Netizen prihatin

Beberapa minggu lalu, seorang wanita berkongsi kisah di media sosial mengenai penderitaan separuh nyawa dihadapi oleh dua anaknya iaitu Aliya Mysara dan Azri Daniel yang didakwa terkena buatan orang.

Berikutan tular sehingga meraih perhatian pelbagai pihak, terdapat seorang ‘ustaz’ mendakwa sihir tersebut dilakukan dalam kalangan ahli keluarga dimana Aliya juga ada menyebut salah satu nama ketika dirawat.

Tolong share byk2 supaya ramai yg dapat doakan utk keluarga kami dan bantu kami dlm semua segi AminnnKami semua ada…

Posted by Gee Geesnowwhite on Thursday, July 15, 2021

Terbaru, seorang individu dikenali sebagai Rohayu Ramli yang juga adik kepada wanita terbabit tampil berkongsi situasi sebenar selepas tular pelbagai versi cerita dan video rawatan di platform TikTok.

Menerusi sesi siaran langsung di laman Facebook malam tadi, Rohayu menafikan bahawa suaminya Yudith Baharin iaitu individu yang disebut Aliya telah menghantar sihir kepada anak-anak saudaranya.

Tonton penjelasan dari mula hingga akhir

Rohayu mendakwa, dia cuba berbincang dan mencari jalan penyelesaian secara tertutup namun kakaknya tidak mahu memberikan sebarang kerjasama sebaliknya mempercayai ‘ustaz’ tersebut selain sering memuat naik posting sindiran di Facebook.

Demi ALLAH SWT apa yg saya buat ini bukan untuk membuka aib kakak saya ,tetapi utk menjelaskan kepada nitizen semua berkenaan kronologi yg berlaku antara saya dan sifulan sehingga memaksa saya membuat live ini

Posted by Rohayu Ramli on Thursday, August 5, 2021

Bercerita lanjut, terdapat sekumpulan perawat bernama Wea Selamos yang terdiri daripada beberapa pengamal perubatan Islam telah menawarkan diri untuk mengubat kedua-dua anak saudaranya di rumah mereka di Kelantan baru-baru ini.

Sesi rawatan secara ‘live’

Selepas selesai melakukan rawatan, keadaan menjadi kecoh apabila ‘ustaz’ berkenaan yang turut sama membantu ketika rawatan tersebut ‘dikantoikan’ oleh salah seorang perawat di situ.

Bismillah ya allah permudahkan la sgala urusan amin

Posted by Wea Selamos Official on Wednesday, August 4, 2021

Perawat terbabit menjumpai satu beg milik ‘ustaz’ itu yang berisi beberapa keping foto Rohayu dan suaminya yang telah mempunyai kesan dicucuk jarum.

‘Ustaz’ disoal siasat.. guna cara khurafat?

Dakwa Rohayu lagi, mungkin itu cara kakaknya untuk ‘menghantar semula’ sihir kepada ‘pemilik asal’ sedangkan dia telah menegaskan bahawa dirinya dan suami tidak tergamak melakukan perbuatan syirik tersebut.

Brigat gmbar nga jarum dale beg

Posted by Wea Selamos Official on Wednesday, August 4, 2021

Difahamkan, ustaz berkenaan sudah diambil tindakan pihak polis dan Rohayu juga masih ‘bergelut’ dengan situasi yang dilihat belum menemui titik noktah antara kedua-dua pihak.

ASTARFIRULLAH AL AZIM….terjadi ginih masih nak bela diri sedangkan semua bukti ada…..YA ALLAH berilah petunjuk…

Posted by Rohayu Ramli on Thursday, August 5, 2021

Sumber: Facebook Rohayu Ramli & Wea Selamos Official

Check Also

“InsyaAllah Bekalan Di Alam Kubur Daddy & Mommy” – Anaqi Mula Rajin Mengikuti Solat, Amar Baharin Berdoa Semoga Anak Menjadi Insan Soleh

Setiap ibu bapa sudah pasti ingin memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan harapan si kecil …

Leave a Reply

Your email address will not be published.