Bila semalam kes telah meningkat jadi 3, 000 kes baru… Kerajaan mungkin boleh pertimbangkan kembali untuk lockdown sebulan agar kes kembali bawah 1, 000. Jika kita masih berhujah soal ekonomi… Pada saya kesihatan lebih utama dari kewangan. Jika negara kita kekal ‘sakit’ bagaimana kita nak jana ekonomi. Orang tak datang negara sakit untuk melabur. Tak guna banyak duit jika kita semua sakit.

Cakap cakap mudah, orang sihat lebih laju berlari dari orang demam dan tak sihat. “Nak bagi orang kebul0r tak keluar kerja?” Duit i lestari sedang berlegar beratus juta di pasaran mulai januari ini. Duit ini sepatutnya untuk bekalan makanan dan perubatan saja, bukan pelaburan.

Dividen ASB juga baru masuk 4 januari baru ini. Setidaknya ada sedikit duit buat belanja sendiri. Kerajaan perlu tutup sebulan sahaja. Fokus pada yang benar terjejas B40 dan M40 sebahagiannya.
Penjawat awam 1.2 juta tidak terjejas hidup mereka. Mereka sejahtera.

Dari kerajaan nak adakan pilihan raya yang makan belanja RM450 juta, baik bantu golongan ini.
Lantik banyak menteri pun nampak macam tak berapa berjaya. Kami hanya nampak Ustaz Ebit Liew sahaja yang bekerja. Dari flat tiada air dia bawak lori hantar air sampai air naik paras dada dia redah banjir hantar bantuan segala. Mana menteri dan wakil rakyat kita?

“Depa buat kerja diam diam saja bro!”…

Bukan ahli politik diajar gila camera, air paras lutut bergambar melutut paras dada? Boleh cari gambar ini nantinya. Ahli politik masih berebut nak dapatkan kuasa. Kami rakyat masih tertanya besok nak makan apa. Kami risaukan gaji dan makanan keluarga, ahli politik berebut siapa menteri…

Kawan kawan yang mulia… Kes c0vid ini semakin luar biasa sebenarnya. Kita anggap biasa sebab kita ada pemikiran ziarah orang men1nggal. Sampai kub0r kita rasa insaf, balik kub0r “bukan aku yang men1nggal”. Semalam ada 8 kem4tian.

Maka kita semua tak peduli apa, ramai bercuti bersama keluarga sampai Langkawi sesak jadinya.
Pemimpin akan dikenang bila ia tegas dan berani. Bukan takut hilang kuasa. Biar m4ti sebagai pejuang bukan m4ti untuk dijulang.

Di bahu pemimpin yang berani itulah, di situlah masa depan negeri. Kekayaan termahal yang dimiliki oleh seorang pemimpin bukanlah jawatan dan kedudukannya melainkan berjaya sejahterakan rakyatnya
Rakyat tidak bod0h dan tuli, mereka tahu siapa pemimpin yang peduli.

Kredit; Dr. Azizul Azli Ahmad

By The Klasik

"Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya.."