Connect with us

#celeb

Louisa Chong Telah Peluk Islam Dan Tabah Menjaga Suami Strok Buat Ramai Terharu

Hidayah merupakan sesuatu yang amat berharga dan tinggi nilainya dalam kehidupan manusia umumnya dan Muslim khasnya. Individu yang dikurniakan hidayah bermaksud kebahagiaan hidupnya yang sejati telah hampir sempurna dan jika dikehendaki Allah, ia akan disempurnakan di akhirat kelak.

“Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam.”.[Surah Al-An’am:125]

Individu yang bertuah dan dipilih Yang Maha Esa merupakan bekas pelakon dan pelawak industri Malaysia, Lousia Chong atau nama Islamnya Lousia Alissa Chong Abdullah.

Beliau berusia 64 tahun, dan sebenarnya dia sudah lama menganut agama Islam.

Di laman sosial Youtube, beliau kongsikan pengalaman dan perasaanya yang teruja apabila berpeluang menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah.

Menurut perkongsian itu, Lousia yang terkenal dengan karakter yang mencuit hati itu meluahkan perasaan sebak dengan kesihatan suaminya, Hamid Saad.

Suaminya itu mengidap penyakit angin ahmar dan tiga strok malah ia melarat sehinggakan beliau koma beberapa tahun lalu.

Pelakon ini sudah lama memeluk agama Islam. Dia mengatakan bahawa perkongsiannya itu bukanlah untuk mendapat simpati netizen, sebaliknya untuk menunjukkan bahawa dia kuat menghadapi dugaan walaupun dilabel sebagai ‘saudara baru’.

Dengan kekuatan yang diberi, dia nekad menjaga suaminya sehingga kini mampu untuk berjalan sedikit demi sedikit.

Dia juga meluahkan rasa syukur atas peluang yang diberi untuk menunaikan ibadah umrah bersama suami walau dugaan datang menimpa dia sekeluarga.

Dengan gelaran ‘saudara baru’, Allah SWT memberi ujian kepada Lousia Chong sementara itu dia tidak pernah kenal erti putus asa.

Menurut Lousia, dunia ini penuh dengan ujian dan dugaan. Walau ianya perit dan sakit, konsep ‘ujian’ perlu difahami serta meluaskan pemikiran dan pemahaman agar tidak putus asa.

“Saya tidak pernah putus asa,“ adalah kata-kata Lousia yang diambil dari video di akaun laman sosial Youtube JayIbrahim Al Islam.

“Suami saya menghidap tiga strok dan ia sangat serius sehingga muntah darah dan akhirnya koma.

“Ketika dia koma, saya tak tahu nak buat apa. Kalau saya cerita, nanti orang kata saya minta simpati, yalah sebagai seorang yang bergelar selebriti, kan. Saya tak ada niat sebegitu untuk minta simpati.

“Jadi, sekiranya ada di antara kalian yang salah seorang ahli keluarga mengalami penyakit serius seperti ini, boleh belajar dari pengalaman saya.

“Saya tak kata saya seorang yang alim, tapi saya percaya sebagai seorang muaalaf, saya tak pernah putus asa dan ketika itu saya reda jika Allah nak tarik nyawa suami saya.

“Syukur Alhamdulillah selama ini Allah jaga suami saya. Sehingga kini, suami saya sudah boleh berjalan dan saya boleh jejak kaki ke Tanah Suci. Alhamdulillah.

“Walaupun dalam keadaan berkerusi roda, tapi suami saya tetap berusaha untuk berjalan dengan satu kaki yang tarik satu kaki.

“Apa jua cabaran dan rintangan yang kita lalui dalam kehidupan, kita mesti ingat kepercayaan pada Allah dan saya tidak pernah berputus asa, saya terima dengan reda ujian dari Allah.

“Sebab Allah amat sayang pada hambaNya sebab itu Dia beri dugaan dan cabaran pada kita.“

Kongsian itu mendapat berbagai reaksi yang berbeza dari penonton. Peminat Lousia Chong serta ramai lagi yang terkejut kerana baru sedar akan tindakan Lousia memeluk agama Islam.

Netizen mendoakan agar dia terus istiqomah dan mendapat balasan baik di akhirat kelak. In Shaa Allah.

Sumber: imuslimnetwork

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya