Sedang Menunggu Hari, Ini Pesanan Siti Nurhaliza Buat Neelofa, Siap Kongsi Cara Orang Lama.

Menunggu detik saat melahirkan anak sememangnya sesuatu yang mendebarkan bagi semua ibu. Masing-masing dengan cara tersendiri. Namun, bagi penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, beliau selesa memilih cara orang-orang lama sebelum melahirkan anak.

Menurut Siti, sewaktu melahirkan dua cahaya matanya, beliau sering meminta nasihat dan mengikut petua-petua orang lama. Dan inilah yang turut dikongsikan bersama Neelofa yang bakal melahirkan cahaya mata sulungnya tidak lama lagi.

Sedang Menunggu Hari, Ini Pesanan Siti Nurhaliza Buat Neelofa, Siap Kongsi Cara Orang Lama.

” Bila bercakap soal bersalin, sebenarnya masing-masing akan melalui pengalaman mereka send1ri. Macam saya dulu, saya lalui proses pembed4han sebab baby IVF.

” Insyallah walau macam mana pun kaedah yang akan dilalui Neelofa nanti, kita berdoa agar semuanya dipermudahkan.

Sedang Menunggu Hari, Ini Pesanan Siti Nurhaliza Buat Neelofa, Siap Kongsi Cara Orang Lama.

Tipnya mudah, banyakkan berzikir. Memang itulah yang sebetulnya. Dalam agama pun dah diajarkan macam tu. Kalau saya dulu, memang ikut petua orang-orang lama.

” Apa yang saya buat adalah saya amalkan minum dan mandi air selusuh. Ia adat untuk memudahkan proses melahirkan. Saya percaya orang-orang tua ni mesti akan sarankan kita untuk mengikut adat walaupun hidup kita sekarang dah moden,” kongsinya lagi.

Sempat Pesan Pada Neelofa

Kongsi Siti lagi, dia juga berkesempatan berbual dengan Neelofa malah sempat berkongsi beberapa perkara mengenai kelahiran.

” Sejujurnya saya sempat berkongsi beberapa perkara bersama Neelofa. Saya nasihatkan dia untuk berpantang sebaiknya. Alhamdulillah, saya pasti dia akan dijaga dengan baik semasa berpantang kelak.

Sedang Menunggu Hari, Ini Pesanan Siti Nurhaliza Buat Neelofa, Siap Kongsi Cara Orang Lama.

” Paling penting emosi kena jaga. Sebab ibu-ibu ketika berpantang ini kena jaga emosi. Anak juga harus dijaga dengan baik. Sokongan suami juga amat diperlukan.

” Alhamdulillah, Haris pun saya lihat banyak bagi semangat pada Neelofa. Saya yakin dia akan lalui segalanya dengan mudah. All the best Neelofa,” katanya lagi.

Neelofa menghitung hari nak bersal1n

Sebagai ibu hamil, selebriti popular, Neelofa, 33, tidak terkecuali dengan cabaran sepanjang tempoh kehamilannya.

Neelofa menyifatkan pengalaman mengandungkan anak sulung sebagai pengalaman yang sangat berbeza, tetapi manis.

Isteri kepada pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz itu tidak mampu menyembunyikan debaran melahirkan anak pertama dalam masa terdekat ini.

” Boh0nglah jika saya mengatakan proses meng4ndung mudah. Tak dinafikan, ada perasaan gementar untuk menempuh saat ini.

” Dari segi persiapan emosi dan mental, saya kena belajar banyak perkara. Banyak baca buku dan bertanya kerana keluarga kami agak besar.

” Jadi, saya peroleh banyak nasihat dan tip. Dari segi persiapan, Alhamdulillah semuanya sudah tersedia.

” Insya-Allah, saya akan kongsi berita gembira ini. Memang dalam masa yang terdekat, orang kata saya sedang menghitung hari,” katanya kepada BH Online.

Sedang Menunggu Hari, Ini Pesanan Siti Nurhaliza Buat Neelofa, Siap Kongsi Cara Orang Lama.

Pada masa sama, Neelofa berkata, dia dijangka melahirkan anak sulungnya di ibu kota. Beliau berharap diberikan rezeki bersalin secara normal.

” Insya-Allah, kalau diberikan rezeki nak bersalin secara normal, tetapi tak tahu bila masa akan tiba. Dan suami mesti menemani saya, sebab saya tahu ada suami yang penakut,” katanya.

Bekas pengacara MeleTOP itu turut memohon orang ramai mendoakan kelancaran proses kelahiran anaknya.

” Kepada mereka yang mengenali saya sejak 12 tahun, terima kasih atas sokongan dan kepercayaan. Dari setiap segi, tak kira perniagaan atau kerjaya seni.

” Semuanya tak pernah jemu bersama saya. Terima kasih juga yang mendoakan kelahiran anak pertama saya.

” Minta semua doakan kelahiran anak saya dipermudahkan dan lancar,” katanya yang berkahwin pada 27 Mac tahun lalu.

Neelofa ditemui pada majlis pelancaran perisa baharu susu, Nilofa di Baywaters, Kuala Lumpur, kelmarin.

Mengulas sama ada akan kembali aktif selepas bersalin, Neelofa berkata beliau akan berehat seketika dan akan membuat keputusan kemudian.

Sedang Menunggu Hari, Ini Pesanan Siti Nurhaliza Buat Neelofa, Siap Kongsi Cara Orang Lama.

Pun begitu, dalam keadaan hampir melahirkan cahaya mata, Neelofa bersemangat turun padang meraikan peniaga yang bersama memajukan perniagaannya, Nilofa.

” Sebenarnya, saya sudah banyak mengurangkan masa bekerja. Lebih banyak meluangkan masa di rumah.

” Ini pun jarang sekali saya turun padang. Alhamdulillah, perniagaan dapat dipantau dari rumah. Dari segi tudung, susu dan sebagainya.

” Saya tak perlu selalu ke pejabat dan komitmen yang tinggi. Alhamdulillah, bisnes diuruskan bersama suami.

” Suami yang buat semuanya, seperti turun padang, periksa stok dan sebagainya. Bahagian saya lebih kepada pemasaran,” katanya.

Neelofa berkata, dia teruja mengeluarkan perisa baharu iaitu coklat selepas hampir setahun tidak mengeluarkan produk Nilofa akibat p4ndemik C0VlD-19.

Malah, katanya, majlis pelancaran perisa yang sepatutnya dijalankan pada Disember lalu ditangguh ekoran b4njir.

” Alhamdulillah, kami diberikan rezeki mengeluarkan perisa coklat. Harapan saya, perisa ini boleh kekal seperti perisa pertama yang dikeluarkan iaitu pisang. Moga perisa ini dapat memberi fenomena baharu selepas p4ndemik ini.

“Perisa terakhir dikeluarkan adalah mangga dan kemudiannya, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Jadi memberi cabaran kepada kami menjayakannya.

” Seperti diketahui, coklat adalah perisa yang tidak perlu diperkenalkan kerana coklat, strawberi dan vanilla antara perisa yang popular. Jadi, kami merasakan Nilofa perlu ada perisa ini,” katanya.

Neelofa mengakui, perniagaannya turut terjejas akibat p4ndemik C0VlD-19 dan b4njir penghujung tahun lalu.

” Sangat mencabar kerana tidak boleh menjalankan penghantaran pada p4ndemik. Tidak hanya itu, ada juga stok musn4h sebab banjir. Ada peniaga terpaksa bungkus kerana krisis kewangan dan sebagainya.

” Bagaimanapun, kami akur dengan keadaan, namun, Alhamdulillah, ramai bangun balik untuk meneruskan perniagaan ini,” katanya.

Melihat perniagaannya tidak putus menerima sambutan, Neelofa berterima kasih kepada peniaga Nilofa yang banyak membantu perniagaannya.

” Dari perniagaan tudung sehingga Markaz Tijaari yang diusahakan dengan suami, semuanya memerlukan dua hala komunikasi. Alhamdulillah, banyak pelajar, guru dan suri rumah yang mahu menambah pendapatan turut serta,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Check Also

Beri selipar yang dipakai kepada warga emas berk4ki ay4m tepi jalan… Pemuda ini dapat ‘tabik’ hormat netizen

SEBAGAI umat Islam, kita sememangnya dituntut untuk berbuat baik sesama manusia dan m4khluk lain. Walau …

Leave a Reply

Your email address will not be published.