Ismail Sabri dilantik jadi Timbalan PM, Dafi bangga dengan bapa – “Saya lihat sendiri papa kerja keras”

Tiada angin tiada ribut, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri berkuat kuasa serta-merta hari ini.

Menurut laporan Harian Metro, anak kepada Ismail Sabri iaitu penyanyi Dafi sekali gus meluahkan dan bangga dengan pelantikan tersebut selain terus menyokong amanah yang dipikul bapanya untuk negara.

Ismail Sabri dilantik jadi Timbalan PM, Dafi bangga dengan bapa – “Saya lihat sendiri papa kerja keras”

“Saya tumpang gembira dengan pelantikan ini. Sebagai anak saya sangat berbangga dengan setiap kejayaan yang beliau terima selama berkecimpung dalam bidang politik.
“Saya akan sentiasa memberikan sokongan penuh kepadanya. Kita semua tahu yang dunia politik ini adalah minat utamanya,” kata penyanyi berusia 33 tahun itu.

Penyanyi lagu Bila Terasa Rindu itu berkata, dia melihat sendiri penat lelah bapanya selama ini serta berharap agar Ahli Parlimen Bera itu menggalas tugas dengan baik dan cemerlang.

Ismail Sabri dilantik jadi Timbalan PM, Dafi bangga dengan bapa – “Saya lihat sendiri papa kerja keras”

“Saya tahu dia suka dengan kerjanya, tapi saya juga kasihan melihat keadaan dirinya yang penat bekerja. Tambahan pula tidak semua orang betul-betul menghargai apa yang dia lakukan.
“Saya tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini kerana faham keadaan sekarang orang ramai yang tertekan serta ada sesetengah yang tidak sependapat dengannya.
“Namun, perkara ini sudah menjadi asam garam dan sebahagian daripada kerjayanya,” ujar bekas peserta program realiti Akademi Fantasia musim kelima (AF5) itu.

Ismail Sabri dilantik jadi Timbalan PM, Dafi bangga dengan bapa – “Saya lihat sendiri papa kerja keras”

Selain Ismail yang juga kekal sebagai Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilantik menjadi Menteri Kanan Luar Negeri serta akan mengetuai Kluster Keselamatan negara.

Kedua-dua pelantikan ini sudah dimaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan berkuat kuasa serta-merta.

Adalah diharapkan pelantikan ini akan meningkatkan lagi keupayaan kerajaan Perikatan Nasional (PN) khususnya dalam menghadapi wabak, memperkuatkan perpaduan dalam kalangan parti yang membentuk kerajaan dan memperkukuhkan kerajaan PN dengan tadbir urus yang telus, bebas rasuah dan berintegriti.

Pejabat Perdana Menteri mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ismail Sabri dan Hishammuddin di atas pelantikan ini.

Bekas perdana menteri Najib Razak turut mengucapkan tahniah kepada Ismail Sabri Yaakob dan Hishammuddin Hussein atas pelantikan mereka sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kanan.

Sumber: Harian Metro (Najiy Jefri)

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.