Connect with us

#celeb

Lufya Dedah Perangai Bekas Suami, Sekali ‘Petik’ Nama Sharnaaz

PELAKON Lutfyah Sheikh Omar mengatakan bahawa dia kagum dengan personaliti pelakon Suamiku Encik Sotong, Sharnaaz Ahmad yang sanggup ketepikan Eg0 lelakinya demi anak walaupun mengalami masalah rumah tangga.

Lebih mesra dipanggil Lufya, dia berkata begitu kerana kecewa dengan kelakuan bekas suaminya iaitu Dr Che Hafiz yang dikatakan gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa kepada anak mereka, Laana Haura yang sudah berusia tiga tahun.

Lufya ditemubual pihak mStar bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan hal ini. Lufya berkata:

“Seperti yang diketahui saya dan Dr Che Hafiz telah sah bercer4i 17 Jun lalu. Namun ada perkara yang saya tak dapat terima apabila dia (bekas suami) meminta agar saya tidak menghalangnya daripada menjalankan tanggungjawab sebagai bapa.

“Hakikatnya saya tak pernah halang dia berbuat demikian. Saya betul-betul kagum dengan sifat pelakon Sharnaaz Ahmad yang mampu ketepikan eg0 kerana anak mereka. Bayangkan Haura sudah lebih setahun tidak bertemu bapanya sendiri,”

Dikatakan Berpisah Dengan Lufya Sebab H0m0s3ksu4l, Ini Jawapan Padu Dr Che Hafiz

Kaum Adam selalu dikaitkan dengan masalah hubungan lagi-lagi masalah rumah tangga. Oleh yang demikian, kaum ini dinasihatkan untuk lebih bertanggungjawab dalam perkara yang dilakukan.

Bergelar suami bukanlah perkara yang boleh dibuat main. Sewaktu lafaz nikah disebut, akan datang beban yang harus dipikul oleh lelaki bergelar suami terutama dalam menjaga dan mendidik isteri ke jalan yang benar.

Namun, para lelaki juga harus beringat bahawa mereka akan disoal kelak atas setiap kesalahan yang dilakukan oleh para isteri.

BEKAS SUAMI LUFYA NAFI H0M0S3KSU4L

Bila disebut tentang rumah tangga dan soal tanggungjawab seorang suami, secara umumnya ramai sudah tahu bahawa mahligai dibina Lufya dan Dr Che Hafiz akhirnya pudar di lautan dalam.

Berbagai spekulasi telah timbul semenjak kisah antara mereka diterbitkan. Sesetengah pihak mendakwa Dr Che Hafiz adalah h0m0s3ksu4l. Mendengarkan hal itu, Dr Che Hafiz tampil memberi penjelasan bagi masalah sebenar yang menjadi punca rumah tangga mereka lenyap.

Lufya Dedah Perangai Bekas Suami, Sekali ‘Petik’ Nama Sharnaaz

TIADA LAGI PERSEFAHAMAN

Dr Che Hafiz berkeras bahawa apa yang terjadi antara dia dan Lufya berpunca dari sikap masing-masing yang sudah tiada persefahaman. Beliau menambah, bukan sahaja itu sebagai punca tetapi ada lagi punca yang lain yang tidak dapat diberitahu umum.

Sementara itu, menurut Hafiz, lelaki yang berbadan tegap dan berkawan dengan ramai lelaki  tidak bermakna individu itu h0m0s3ksu4l. Dan Hafiz juga turut menafikan isu gambar miripnya (pelanduk dua rupa) yang tersebar di media sosial.

Lufya Dedah Perangai Bekas Suami, Sekali ‘Petik’ Nama Sharnaaz

BERHATI-HATI DALAM MENDAPATKAN BERITA SAHIH

“Penc3raian saya dengan Lufya bukan disebabkan saya suka lelaki atau ada orang ketiga. Tetapi kami tidak ada persefahaman dan beberapa perkara yang saya tak boleh kongsikan kepada umum.”

“Saya hanya ada akaun Facebook dan Instagram sahaja. Kalau nak kenal siapa individu sebenar di sebalik identiti saya itu ajak la dia keluar. Saya sebagai doktor tidak akan berbuat macam tu. Baik saya buat perkara yang mendatangkan faedah.” Jelas Che Hafiz.

Walaupun pelbagai spekulasi negatif dilempar kepada Che Hafiz, dia tidak menyalahkan netizen dan sabar. Ini kerana mereka tidak tahu punc4 sebenar perkara ini berlaku. Oleh itu, dia meminta tolong agar pengguna alam maya lebih berwaspada dalam mendapatkan informasi yang sahih.

Sumber: mStar

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya