[Vide0] Rindu Seorang Ayah. Raisuddin Hamzah Termenung Mendengar ‘Lagu Kesetiaan’ Dendangan Allahyarhamah Siti Sarah Di Luar Balkoni Kediaman Shuib

Rindu Seorang Ayah. Raisuddin Hamzah Termenung Mendengar ‘Lagu Kesetiaan’ Dendangan Allahyarhamah Siti Sarah Di Luar Balkoni Kediaman Shuib

Kuala Lumpur: “Rindu seorang ayah,” tulis pelawak dan pelakon, Shuib sebagai keterangan terhadap video mengenai bapa mentuanya, Raisuddin Hamzah.

Menerusi video yang dimuat naik menerusi Instagram Story itu, Raisuddin kelihatan sedang duduk sendirian di luar balkoni kediaman Shuib.

Paling menyentuh perasaan, apabila bekas penyanyi dan pelakon terkenal era 1980-an ini memainkan lagu Kesetiaan nyanyian Allahyarham Siti Sarah yang juga anaknya di telefon bimbit.

Lagu yang dimuatkan dalam album pertama Siti Sarah pada 2002 ini membawa kenangan tersendiri apabila meledakkan namanya di persada industri nyanyian tanah air.

Kejayaan ini terhasil menerusi kerja keras Raissuddin yang sering membawa Siti Sarah menyertai pelbagai pertandingan nyanyian sehinggalah diambil sebagai penyanyi rakaman sebelum mencipta populariti.

Video:

 ‘Saya rasa dunia ini macam sesepi-sepinya’.

Selepas lebih sehari, itulah buat pertama kalinya, bapa kandung kepada penyanyi Allahyarham Siti Sarah iaitu Raisuddin Hamzah membuka mulut berkongsi kedukaan kepada umum atas kehilangan puteri kesayangannya yang meninggal dunia.

Raisuddin yang juga penyanyi popular sekitar tahun 1980-an itu juga mengakui hilang kata-kata saat mula-mula diberitahu menantunya, Shuib tentang kematian Siti Sarah.

“Saat Shuib datang dan melutut di hadapan saya sambil memberitahu Sarah sudah tiada, saya tidak tahu nak berkata apa. Saat itu, saya rasa dunia ini macam sesepi-sepinya.

“Saya tuan-tuan lebih faham perasaan saya. Kalau diminta komen, saya tak tahu macam mana nak jawab.

“Kalau dulu-dulu, sewaktu bersama dengan Sarah menyertai mana-mana pertandingan, apa sahaja pertanyaan wartawan, mudah untuk saya jawab. Tetapi yang ini, memang payah.

“Dia seorang anak yang sangat baik dan tak pernah membantah dan melawan cakap saya.

“Allahyarham juga seorang yang manja dengan saya. Banyak kenangan manis kami bersama sepanjang 37 tahun hidupnya.Sebelum berkahwin, banyak kenangan manis yang tak dapat dilupakan. Kami banyak  bersama sampailah saya lepaskan dia untuk dijaga oleh Shuib.

“Cuma yang saya harapkan, doakan Sarah agar tenang di sana. Kita hanya dapat mengenang dan dia takkan kembali lagi,”

Siti Sarah meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) , jam 5.13 pagi 9 Ogos lalu akibat ᴄᴏᴠɪᴅ 19.

Sumber: hmetro.com.my K! ONLINE

Check Also

“InsyaAllah Bekalan Di Alam Kubur Daddy & Mommy” – Anaqi Mula Rajin Mengikuti Solat, Amar Baharin Berdoa Semoga Anak Menjadi Insan Soleh

Setiap ibu bapa sudah pasti ingin memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan harapan si kecil …

Leave a Reply

Your email address will not be published.