Connect with us

#news

Macau Scam: SPRM tahan 2 pegawai kanan polis

Beberapa hari lalu terbongkar taktik perdaya dan guna populariti artis untuk menjalankan kegiatan ‘mencuci’ duit hram melalui pelbagai usaha sama dan perniagaan sah.

Ia susulan penahanan lima individu termasuk dua orang yang bergelar Datuk Seri dan Datuk oleh Suruhanjaya Pencegahan R\suah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes penipuan sindiket Macau Scam di Malaysia.

Antara kelima-lima suspek, salah seorangnya dikenali ramai kerana sering menunjukkan kehidupan yang serba mewah dan terkenal dalam kalangan selebriti popular tanah air.

Difahamkan kegiatan individu yang disyaki terbabit dengan kegiatan hram termasuk perjudian sebelum memerangkap segelintir artis tempatan dengan menawarkan bantuan modal untuk memulakan perniagaan.

Kaedah itu dianggap mampu mengaburi mata pihak berkuasa selain membolehkan keuntungan diperoleh hasil kerjasama pelbagai bentuk pelaburan yang disertai bersama.

Bagaimanapun, kegiatan mereka itu dikesan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Hram (AMLA) Suruhanjaya Pencegahan Rsuah Malaysia (SPRM) hasil risikan dan siasatan dijalankan sebelum lima individu terbabit ditahan.

Macau Scam: SPRM tahan 2 pegawai kanan polis

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan 2 pegawai kanan polis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Acryl Sani berkata, pihaknya belum menerima laporan terperinci mengenai tangkapan dua pegawai polis itu.

“Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut sehingga kita mendapat laporan terperinci secara rasmi daripada SPRM. Kita masih menunggu laporan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Seminar Pengukuhan Siasatan Jenayah Komersial, Pelancaran Portal dan Aplikasi Semak Mule di Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras di sini hari ini.

Sementara itu, menurutnya, Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) sedang menjalankan siasatan dalaman susulan dakwaan beberapa anggota polis terlibat dengan sindiket Macau Scam.

“Kita akan memastikan sama ada dakwaan itu benar atau sejauh mana penglibatan anggota polis dengan sindiket Macau Scam,” katanya.

Continue Reading

Trending