Connect with us

#pop

Mahathir akan mengadap Ag0ng lagi sekali untuk jadi PM 9

Kuala Lumpur – Blogger Pakatan Harapan (PH), Shahbudin Husin mendakwa Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mempunyai sokongan yang mencukupi untuk membentuk kerajaan bagi mengantikan Perikatan Nasional.

Shahbudin berkata demikian melalui catatan di laman Facebooknya.
“Nombor sudah ada, calon PM pun sudah dipersetujui…bye bye Muhyiddin!!!,” tulisnya ringkas.Perkara yang sama turut dibangkit oleh blogger Raja Petra Raja Kamarudin.

Menurut Shahbudin Husin, Tun Mahathir Mohammad telah mempunyai sokongan 129 ahli parlimen dan akan mohon untuk mengadap Agong dalam masa terdekat.

Untuk mempersembahan jumlah sokongan serta memohon untuk mengangkat sumpah sebagai PM ke 9. Anwar akan kekal sebagai bakal perdana menteri,”

Terdahulu Shahbudin turut membayangkan gabungan Mahathir-Anwar hanya menunggu masa untuk mengantikan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Pengakuan sokongan mereka itu sudah sedia ada di tangan Tun Mahathir dan Anwar serta hanya menunggu masa, seawalnya dalam Sidang Parlimen 13 Julai nanti untuk ia dibuktikan.

“Awas Muhyiddin, masa kejatuhan kerajaan tebuk atap ini akan tiba tidak lama lagi,” tulisnya.

Kerajaan PH tumbang Februari lalu setelah Mahathir mengumumkan perletakan jawatan sebagai perdana menteri.

Susulan daripada itu Bersatu dan beberapa ahli parlimen PKR pimpinan Azmin Ali mengumumkan keluar daripada PH.

Yang Di Pertuan Agong kemudiannya mengadakan pertemuan dengan semua ahli parlimen sebelum berkenan melantik Muhyiddin sebagai perdana menteri ke 8.

Kerajaan Perikatan Nasional ditubuhkan melalui gabungan Bersatu dengan Barisan Nasional, GPS dan PAS. – SuaraTV
Sumber:C Cinca

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya