Connect with us

#pop

Mahkhamah Akhirnya Putuskan Rosliza Ibrahim Bukan Muslim. Ini Sebab Yg Hakim Bagi

PUTRAJAYA: Seorang wanita yang dilahirkan lu4r nik4h, berbapakan seorang Muslim dan ibu peng4nut agama Bud.dha, berjaya dalam rayu.annya di Mahkamah Persekutuan untuk diisytiharkan sebagai bukan Mu.slim.

Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel sembilan hakim dalam penghakimaan dengan keputusan majoriti 7-2 itu membenarkan ra.yuan Rosliza Ibrahim serta permohonannya.

Tak Ada Bukti

Beliau memutuskan bahawa Rosliza bukan orang yang meng.anut agama Isla.m kerana tidak ada bukti bahawa beliau adalah seorang Islam dengan kepercayaan yang sebenar.
Tengku Maimun berkata Rosliza dan ibunya tidak pernah menjadi seorang Muslim.

Mahkamah memutuskan tiada bukti atau rekod menunjukkan wanita yang dibesarkan oleh ibunya yang beragama Buddha dari kecil itu pernah menganut Islam.

Mahkamah memutuskan kes ini berbeza dengan kes Lina Joy yang dilahirkan sebagai seorang Islam tetapi mahu keluar agama.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Rohana Yusuf dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Abdul Rahman Sebli, Datuk Zabariah Mohd Yusof, Datuk Mary Lim

Thiam Suan dan Datuk Rhodzariah Bujang bersetuju dengan Tengku Maimun.

Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim setuju dengan Tengku Maimun berhubung dua persoalan undang-undang itu namun berpendapat tidak boleh membuat sebarang perintah berhubung pengisytiharan yang diminta Rosliza kerana tidak mempunyai pandangan jawatankuasa fatwa.

Rosliza, 38, memfailkan saman pemula pada 2015 untuk mendapatkan satu pengisytiharan bahawa beliau telah dilahirkan sebelum bapanya, yang beragama Islam dan mendiang ibunya, penganut Buddha, berkahwin.

Pada 22 Jun 2017, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak s4man pemula itu atas alasan bukti yang dikemukakan pemohon hanya menunjukkan bahawa tiada pendaftaran perkahwinan dibuat dan perkara itu tidak membuktikan bahawa perkahwinan itu tidak berlaku.

Wanita itu kemudiannya merayu namun g4gal setelah rayuannya ditolak Mahkamah Rayuan pada 25 April 2018.

Pada 20 Jan tahun lepas, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan Rosliza untuk mendapatkan kebenaran untuk merayu terhadap dua isu perundangan yang perlu diputuskan mahkamah.

Wanita terbabit mendakwa, ibunya berketurunan Cina tidak pernah menukar agama dan tidak pernah berkahwin dengan bapanya yang dikatakan mualaf Cina.

Pada 2015, Rosliza, 39, memfailkan saman pemula memohon perisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam kerana dilahirkan dan dibesarkan oleh ibu beragama Buddha dan Mahkamah Syariah tiada bidang kuasa terhadapnya.

​​​​​​​Wanita itu mendakwa dia dibesarkan sebagai penganut Buddha oleh ibunya dan dia terus menganut agama Buddha sehingga hari ini.

Pada 20 Januari 2020, Mahkamah Persekutuan memberikan kebenaran untuk merayu bagi membolehkan dua persoalan perundangan dijawab antaranya sama ada Mahkamah Tinggi mempunyai peruntukan eksklusif untuk mendengar dan menentukan sama ada seseorang individu itu Islam atau sebaliknya berbanding menentukan seseorang itu bukan lagi beragama Islam.

Dalam saman pemulanya sebelum ini, Rosliza telah pergi ke Jabatan Agama Islam di 10 negeri dan berjaya mendapatkan pengesahan bahawa ibunya pernah memeluk Islam atau membuat perkahwinan mengikut agama Islam di antara kedua ibu bapanya.

Wanita terbabit mendakwa, ibunya berketurunan Cina tidak pernah menukar agama dan tidak pernah berkahwin dengan bapanya yang dikatakan mualaf Ci.na.

“Namanya Rosliza Ibrahim tapi bukan Islam, dan enggan dianggap Muslim”-Peguam

Terdahulu Wanita 35 tahun ini juga enggan menerima dirinya sebagai Islam walau bapanya seorang Muslim.

Dibesarkan oleh ibu beragama Buddha dan mengamalkan kepercayaan itu sejak kecil, Rosliza menjelaskan ibu dan bapa biologinya tidak pernah berkahwin. Ibunya pula tidak pernah memeluk Islam.

Namun pihak berkuasa agama di Selangor, tempat beliau tinggal sekarang, menganggapnya sebagai seorang Islam dan tertakluk pada peraturan agama itu kerana berbapakan seorang Islam.

“Haknya untuk mengecap kebebasan beragama seperti dalam Perlembagaan dan mengendalikan harta terjejas.

“Beliau tidak boleh ke mahkamah syariah kerana, menurut undang-undang, beliau bukanlah seorang Islam.

“Jadi tidak timbul soal [beliau] ingin meninggalkan agama,” kata peguamnya Aston Paiva kepada Malay Mail Online semalam.

Akibat kecelaruan statusnya itu, tambah peguam lagi, Rosliza “tidak boleh berkahwin dengan lelaki pilihannya”.

Aston Paiva (foto), peguam Rosliza Ibrahim, bercakap kepada wartawan di luar Mahkamah Rayuan di Putrajaya, 11 Oktober 2016. — Foto oleh Yusof Mat Isa

Bekerja dalam bidang farmasi, Rosliza menfailkan sam4n di Mahkamah Tinggi Shah Alam tahun lalu, memohon perisytiharan bahawa enakmen Islam di Selangor tidak terpakai kepadanya dan bukan bidang kuasa mahkamah syariah bertindak terhadapnya.

Namun mahkamah tinggi menolak permohonannya, lalu beliau membawa kes tersebut ke Mahkamah Rayuan.

Beliau berhujah bapa kepada seorang anak luar nik.ah tidak mempunyai hak terhadap anaknya.

— BERNAMA

Trending