“Nak Kaya Macam Nie” – Tular Video Wanita Memberi Duit Pada Penjual Makanan Tepi Jalan

Kalau dilihat sekarang di Malaysia, telah menjadi salah satu cara terbaru bagi penjual makanan untuk menjaja makanan di sekitar kawasan lampu isyarat.

Di mana apabila lampu isyarat menjadi merah, pasti akan ada penjaja yang membawa makanan dan minuman dari kereta ke kereta untuk menjual makanan mereka.

Teknik ini telah menjadi satu trend terkini buat penjaja di seluruh negeri.

Namun, berbeza pula dengan kisah yang tular ini, apabila satu video telah dimuat naik di aplikasi TikTok, seorang wanita yang dikenali sebagai Wan Nur Siti Aisyah Wan Hasan, atau lebih mesra di kenali sebagai Sha Hasan, merupakan pengasas Shalicious Empire iaitu pengeluar produk kecantikan.

Melihat kepada video yang dikongsinya, Sha dilihat sedang menghulurkan wang not 50 kepada semua penjaja makanan di tepi jalan ketika sedang berhenti di lampu isyarat.

@shahasan123

Semoga segala usaha kita semua dipermudahkan 🙏🏻🙏🏻

♬ original sound – Siscafellicia – Sisca centang biru

Kelihatan, semua gembira menerima kepingan not 50 dari Sha itu. Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji Sha kerana bersedekah kepada penjaja-penjaja tersebut sehinggakan ada juga yang bercita-cita untuk menjadi kaya sepertinya agar boleh menjadi pemurah dan dapat membantu orang lain yang kesusahan.

 

Rasulullah SAW pernah bersabda;

“Tidak ada hari yang disambut oleh para hamba melainkan di sana ada dua malaikat yang turun, salah satunya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti kepada orang-orang yang berinfaq’. Sedangkan (malaikat) yang lainnya berkata: ‘Ya Allah berikanlah kehancuran kepada orang-orang yang menahan (hartanya)’.”

(Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)

Sedekah bukan hanya perihal memberikan sebahagian harta kepada golongan yang memerlukan, namun manfaat sedekah lebih luas akan dirasakan oleh mereka yang melakukannya, antaranya:

1- Memperkuat Keimanan Dan Mendekatkan Diri kepada Allah SWT

2- Mendapat Ganjaran Pahala

3- Bertambah Rezeki Dan Mendapat Keberkatan

4- Menyembuhkan Penyakit

5- Memberi Ketenangan Hati Dan Kebahagiaan

6- Melahirkan Rasa Syukur

7- Terhindar Dari Sifat Kedekut

8- Melatih Berfikiran Positif Dan Adil

9- Terhindar Dari Sikap Keduniaan Dan Materialistik

10- Menjauhkan Diri Dari Sikap Bongkak Dan Sombong

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran.”

Sumber: Tiktok Shahasan123

Check Also

Ter0k Di k3cam, Imam Besar M4sjid Putra Sekali Lagi T4mpil Buat Vide0

PUTRAJAYA – Imam Masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim memohon maaf kepada seluruh umat Islam …