Connect with us

#pop

Makcik Hidap Kanser Gigih Jual Nasi Lemak, Akui Hidup Sesak Sejak PKP

Tidak dinafikan lagi, wabak pandemik Covid-19 membuatkan ramai orang kehilangan kerja. Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, rakyat bukan sahaja hilang punca pendapatan, malah dari segi ekonomi juga menjadi masalah utama.

Semalam, seorang pemuda bernama Roob Ganesan kongsikan kisah menerusi akaun Twitter berkenaan seorang makcik yang tekun menjalankan perniagaan hanya dengan menjual nasi lemak berharga RM1 setiap satu untuk menanggung hidupnya akibat PKP.

Hanya bermodalkan sebuah meja dan sebuah kerusi, dia menjalankan perniagaannya dengan gigih. Apabila Roob Ganesan membeli nasi lemak dari ’aunty’ itu, baru dia membuka kisah dimana ‘aunty‘ itu merupakan seorang bekas pesakit kanser.

Dengan wajah yang tenang dan sayu, dia teguh berdiri dan menunggu pelangan yang hendak membeli makanan dari tempatnya.

Sebungkus RM1, aku beli 10 bungkus

‘Aunty‘ itu yang kini sedang mencari kerja telah ditawarkan oleh salah seorang kawan Roob Ganesan dengan bekerja sebagai pengupas kulit bawang.

Mendengarkan hal itu, ’aunty‘ itu mengucapkan terima kasih dan yang menyebakkan lagi, dia turut menggambarkan pemuda itu dan kawannya ibarat Tuhan yang ‘turun‘ untuk menolongnya.

Macam Tuhan datang tolong saya

Berlokasikan di Taman Sentosa, Klang untuk berniaga, ternyata perkongsian menyentuh hati yang dibuat oleh Roob Ganesan menarik perhatian pengguna alamaya.

Kebanyakkannya memuji akan kebaikan yang dilakukan oleh pemuda itu kerana membantu bekas pesakit kanser itu.

Tolonglah Asalkan Ikhlas

Apa-apa pun, kita doakan sahaja agar kebaikan dan pertolongan dari pihak yang lebih terjamin tampil mengubah hidup ‘aunty‘ itu. In shaa Allah

Tidak dinafikan banyak pihak terkesan dengan norma baharu ini. Justeru, kerajaan dan pihak berkenaan haruslah memainkan peranan dalam membantu masyarakat ke arah yang lebih baik.

Sumber: petuadanresepibonda.com

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya