Connect with us

#news

[VIDEO] Maki polis bukan kesalahan berat, kata peguam

Keraja@n & pihak berkuasa p0lis diminta utk mempertimbangkan semula hukum@n penjara ke atas semua pesalah-pesalah sepanjang Op Covid-19 yg dilaksanakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Datuk Suraj Singh yg bertindak sebagai peguam bela bagi mempertahankan seorang wanita yg memaki hamun dan menghina polis semasa sekatan jalan raya di Persiaran Surian pada 31 Mac lalu itu berkata, keraja@n tidak wajar menghukum setiap pesalah pertama dengan hukum@n penjara.

Sebaliknya, beliau mencadangkan supaya hukum@n ringan seperti khidmat komuniti bersifat kemasyarakatan perlu dilaksanakan.

Katanya, beliau memahami keadaan yg sedang dilalui keraja@n tetapi tetapi bukannya menghantar pesalah ke penjara.

Beliau mendakwa anak guamnya, Tong Poh Kim kini dalam keadaan panik & takut.

“Kami juga berharap keraja@n akan mempertimbangkan semula kes ini kerana sejak kebelakangan ini ramai yang buat & pihak keraja@n perlu mengambil kira mereka yg ditangkap ini bukan penjenayah berat.

“Mereka bukan penjenayah serius yg melakukan kesalahan-kesalahan berat, yg perlu diasingkan daripada masyarakat seperti kes jenayah berat samun, kes rompak ataupun kes-kes rogol kita faham,” katanya kepada pemberita di pekarangan mahkamah Petaling Jaya pagi tadi.

Tertuduh yg berusia 44 tahun hadir ke Mahkamah Majistret bersama saudaranya sekitar 8.30 pagi bagi menghadapi pertuduhan menghalang penjawat awam bertugas dalam sekatan jalan raya baru-baru ini.

Wanita itu menghadapi dua pertuduhan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas & Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil-Kecil 1955 kerana mengucapkan perkataan tidak sopan kepada penjawat awam.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut sebelum dibenarkan ikat jamin RM1,000 untuk tuduhan pertama & RM3,000 dengan seorang penjamin untuk tuduhan kedua.

Hakim Nurshahira Abdul Salim menetapkan 20 Mei sebagai tarikh serahan dokumen kes & sebutan semula.

Tambahnya, tujuan hukum@n dijatuhkan terhadap pesalah bertujuan untuk menginsafkan mereka & mempersoalkan apakah menjatuhkan hukum@n penjara untuk kes-kes seperti ini adalah munasabah.

Ini kerana, kata peguam bela itu, tindakan tegas sedemikian hanya menambah ketakutan rakyat.

Continue Reading

Trending