Bila joget mula, Rina dah tinggalkan majlis Bersatu itu, Sekali Najib Belanja Video, Fuhhhh!

Link video dibawah sekali

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun telah meninggalkan majlis Bersatu yang diadakan di sebuah dewan hotel yang dilihat dalam video viral menunjukkan sekumpulan orang menari, menurut seorang pegawai menteri itu.

Ketika dihubungi, pegawainya berkata Rina, yang juga ketua Wanita Bersatu, telah merasmikan majlis itu tetapi dia sudah tidak ada di sana ketika kumpulan yang dilihat dalam video itu mula berjoget.

“Mungkin sebelum atau sesudah majlis itu. Tapi dia tidak ada ketika perkara itu terjadi.

“Dia tidak terlibat dalam apa jua keadaan pun,” kata pembantu itu kepada Malaysiakini.

Pembantu itu juga mengesahkan majlis tersebut diadakan pada bulan April di sebuah dewan ballroom hotel di Glenmarie, Shah Alam.

Najib Belanja Video

Bekas perdana menteri Najib Razak sebelum ini berkongsi video berdurasi satu minit 35 saat di Facebook tanpa penjelasan bertuliskan “Fuhhhhh!”

Hantaran itu menarik lebih 25,000 komen, yang kebanyakannya marah dan kecewa terhadap pelanggaran prosedur Covid-19 yang jelas ketika rata-rata rakyat Malaysia masih berada di rumah kerana penutupan.

Ramai yang menyorot latar belakang program di atas pentas yang memaparkan gambar Rina dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, yang juga presiden Bersatu.

Netizen juga menunjukkan beberapa peserta yang tidak menjaga penjarakan fizikal atau memakai pelitup muka.

Polis Akan Siasat

Polis mengesahkan menerima satu laporan mengenai pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) membabitkan sekumpulan individu yang menghadiri kursus dipercayai berlaku di sebuah hotel di sini.

Terdahulu, rakaman video berdurasi 1 minit dan 34 saat yang memaparkan sekumpulan individu itu menari dalam sebuah dewan tanpa memakai pelitup muka serta tiada penjarakan sosial tular di Facebook.

Program Pada Bulan April Lalu

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib memaklumkan program berkenaan didapati berlangsung pada April lalu yang mana negara sedang dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Satu laporan polis mengenai pelanggaran SOP itu kita terima hari ini dan siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17 P.U (A) 225/2021 (Melanggar SOP PKP).

“Jika sabit kesalahan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 ke atas individu manakala RM10,000 ke atas penganjur.

“Kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwaraya dalam kadar segera untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, menerusi laporan, pengadu mendakwa kumpulan berkenaan dilihat sedang menari tanpa memakai pelitup serta tiada penjarakan sosial antara satu sama lain dan ia adalah satu pelanggaran SOP sebagaimana yang ditetapkan.

Jumlah jangkitan baru Covid-19 hari ini meningkat kepada 17,045 paling tinggi sejak tiga hari berturut-turut tertinggi – menjadikan kes terkumpul melepasi sejuta jangkitan.

Tonton video disini:

Najib Razak

Sumber HM MK

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.