Connect with us

#celeb

“Malam Tadi Aku Mendapat Perkabaran Aku Positive COVID-19” – Aeril Zafrel

Pelakon terkenal Aeril Zafrel menerusi akaun Instagram rasminya telah mengesahkan bahawa dirinya telah dijangkiti dengan virus COVID-19 setelah melakukan ujian swab pada Selasa lalu.

Menurutnya, dia hanya mendapat tahu bahawa dia positif dengan virus Covid-19 itu selepas keputusan ujian tersebut keluar pada hari Rabu.

Dia kini dilaporkan sedang mengkuarantinkan dirinya selama 10 hari di rumahnya. Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian yang dibuatnya seperti berikut:

Assalamualaikum semua ..
malam tadi aku mendapat perkabaran aku positive covid19.

Hari Isnin..
Aku pergi ke rumah p.a/manager aku sebab dia demam.
So aku ke sana sebab kebiasaan nya aku yang akan jaga dia kalau dia sakit teruk sebelum ni.

Jadi sebab hari pun dah lewat so aku decide untuk tidur sana.

Selasa, esok nya aku angkut dia pergi clinic dan ambil swab test PCR sekali dengan aku.

lepas tu aku jumpa staff untuk briefing launching virtual online product hujung bulan ni, dan aku balik rumah terus.

Rabu.
result keluar dan aku & manager positive

Menurut Aeril, selepas disahkan positif dia terus mendapatkan khidmat klinik berkaitan untuk membuat ujian ke atas isteri, tiga anak dan semua kakitangannya.

“Sementara menunggu keputusan semalam, di rumah saya tak memeluk atau bersentuhan dengan mereka. Selepas disahkan positif, saya terus menghubungi pihak klinik dan mereka datang ke rumah untuk buat ujian saringan. Alhamdulillah, mereka semua negatif.

“Sekarang, saya menjalani kuarantin di rumah sementara menunggu panggilan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Saya berada di tingkat atas dan tidak keluar bilik. Saya juga sudah menyerahkan maklumat diri.

“Ini adalah kali keempat saya buat ujian saringan sejak penularan wabak ini. Saya pula jenis kalau rasa tak sedap badan, terus buat saringan. Bukan apa, saya bimbang akan keselematan anak-anak yang masih kecil dan orang sekeliling,” katanya.

Swab test RTK kesemua mereka negative dan masih menanti result PCR pulak, doakan negative juga.

Sekarang aku self quarantine dekat bilik atas, nak isi masa 10 hari ni dengan macam-macam aktiviti kat bilik, doakan guys. Now manger Aku tu dah recover then tak demam lagi. Tapi tetap self quarantine.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel)

Semoga Aeril Zafrel dan pengurusnya cepat sembuh, juga berharap agar ujian calitan yang dibuat untuk keluarga dan pekerja memberi keputusan negatif.

Sumber: aeril_zafrel

Trending