Connect with us

#viral

Malaysia diiktiraf Negara miliki Ekonomi terhebat Asia Tenggara.

S and P rating telah mengiktiraf Malaysia sebagai Negara yang mempunyai Ekonomi paling hebat di Asia Tenggara.

Hal demikian kerana, Malaysia telah melaksanakan satu kaedah yang dipanggil dasar fiskal (Fiscal Policy) dimana dasar fiskal adalah kutipan dan perbelanjaan hasil kerajaan untuk mempengaruhi ekonomi negara.

Kaedah ini dilaksanakan susulan wabak pandemik Covid-19 yang melanda seluruh pelusuk muka bumi dan yang hebatnya, ia mendapat hasil yang amat tepat dan baik. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menyatakan bahawa pengiktirafan yang diberikan oleh S and P rating secara tidak langsung telah melonjakkan nama Malaysia sebagai ekonomi terbaik di Asia Tenggara.

Bagaimana? Mari kita selidik.

Bagi sesetengah pihak yang tidak tahu, Malaysia telah menguruskan dan berjaya membanteras wabak pandemik Covid-19 secara efisien dan efektif di Asia. Terkini, kes terbaru adalah 0. Syabas untuk frontliners! Selain itu juga, dengan mengambil langkah yang radikal dan drastik, negara kita hanya mengalami kemerosotan ekonomi paling kecil berbanding negara-negara lain di Asia!

Tengku Zafrul menambah bahawa ia adalah tindak lanjut dari langkah rangsangan dan pemulihan ekonomi yang diambil dengan segera untuk melindungi rakyat dan menyokong perniagaan serta memperkasakan ekonomi.

Seterusnya, International Monetary Fund atau IMF turut mengunjurkan ekonomi Malaysia akan berkembang dengan lebih cepat daripada negara Asean lain seperti Indonesia, Thailand, Vietnam dan lain-lain.

Menteri Kewangan juga menyatakan bahawa inisiatif dan langkah melalui Pakej Rangsangan EKonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana semula ekonomi negara berjaya selamat dan janakan pekerjaan serta merangsang ekonomi Malaysia.

Sebanyak RM295 billion telah dibelanjakan oleh kerajaan untuk meringankan beban rakyat Malaysia dari segi kewangan dan menyumbang kepada pertumbuhan KDNK Malaysia pada tahun 2020 ini.

Sumber: mysumber.net

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya