Connect with us

#news

Malaysia perlu khidmat Najib Razak pulih Ekonomi, Ini Respon Warganet

Published

on

Malaysia perlu khidmat Najib Razak pulih Ekonomi, Ini Respon Warganet

MALAYSIA: Negara kita dilanda wabak CoV-19 menyebabkan pertumbuhan ekonomi negara menjadi sedikit lembab. Menurut Aktivis Gerakan Tuntut Malaysia (Tuntut) Azlan Abu Bakar negara perlukan khidmat Datuk Seri Najib Tun Razak untuk pulihkan ekonomi negara.

Dia berkata demikian memandangkan pengalaman luas dimiliki bekas Perdana Menteri tersebut. Menurut Azlan lagi, Najib meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan dalam keadaan ekonomi selamat dan kukuh sedang dunia saat itu menghadapi kegawatan ekonomi.

Pandangannya berdasarkan sokongan Bank Dunia, yang juga memuji langkah kerajaan dengan nyatakan ekonomi Malaysia berkembang dari kedudukan yang kukuh pada era Najib sebagai Menteri Kewangan.

Malaysia perlu khidmat Najib Razak pulih Ekonomi, Ini Respon Warganet

Oleh itu, kerajaan kini perlu mangambil langkah drastik dan tepat dalam setiap keputusan untuk pastikan negara dan rakyat dapat bertahan dari perangkap kemerosotan serta kegawatan ekonomi.

Tambahnya lagi, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menggunakan mereka yang berpengalaman dan pakar dalam menangani situasi penyelesaian masalah ekonomi.

Ekonomi negara akan lebih terjamin sekiranya kita dapat mengurus dengan baik. Jadi Najib Razak antara orang yang paling terbaik untuk membantu negara ketika ini berdasarkan pengalaman dan latar belakangnya dalam membantu Ekonomi negara.

Respon Warganet

Malaysia perlu khidmat Najib Razak pulih Ekonomi, Ini Respon Warganet

Sebahagian lagi ada yang bersetuju untuk melantik Najib Razak sebagai penasihat Ekonomi berdasarkan pengalamannya membantu ekonomi negara pada tahun 1997.

Bagaimana pula dengan anda adalah anda bersetuju untuk menjadikan Najib Razak sebagai penasihat EKonomi negara ?

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Trending

Shares