“Mana Ada K0tor Akak, Kita Semua Sama je” -Makan Bersila Bersama Gel4ndangan, Sifat Rendah Diri Ebit Lew Raih Perhatian

Beliau figura tumpuan ramai. Bertitik tolak daripada rasa tanggungjawab sesama insan, beliau mengerahkan tenaga dan wang ringgit ke arah usaha meringankan beban mereka yang memerlukan.

Beliau Ebit Liew. Tiada sebarang gelaran melingkari, baik Datuk mahupun Tan Sri. Bantuan dihulur tanpa mengira sesiapa, menjadikan beliau bak adiwira di mata masyarakat.

Cenderung berkongsi kisah di sebalik tabir kerja kebajikan, pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew mengaku apa yang dilakukan sekadar mengajak lebih ramai individu berbuat kebaikan.

Kali ni Ebit Lew raih perhatian lagi apabila berbuka puasa bersama gelandangan di Kuala Lumpur. Sikap sopan dan rendah diri Ebit Lew selalu buat orang ramai terharu.

Dengan kapsyen:

Sejuk sayu malam 26 Ramadhan di jalanan. Hari ni jamu geland4ngan kl buka puasa. Ramai sangat beratur. Semua tenang menanti. Ramai juga minta dalam bungkus untuk sahur. Boleh ke ustaz. Boleh abang.

Kakak tidur mana?tepi kedai ni ke? Tidak ustaz. Saya tidur bawah jambatan sana. Mandi dekat mana. Mandi dekat tandas awam je. Ok ke kakak. Takper ustaz saya dah biasa. Dah tu kerja apa. Saya kerja kutip-kutip tin jer ustaz.

Mana akak tahu saya sampai. Tadi semua orang jerit-jerit nampak kereta putih ustaz. Diaorang kata nasi sedap panas-panas dah sampai.

Saya beri sedikit duit belanja pada beberapa orang tadi. Eh ustaz kenapa bagi duit. Makan dah bagi cukuplah. Takper akak ni semua Allah bagi dia sayang akak. Terima kasih ustaz.

Ustaz buka dimana dah azan ni. Takper sambil bagi makanan sekejap lagi saya makan. Eh,ustaz buka disini jer. Kotor ni ustaz. Mana ada kotor akak. Akak tidur, makan,semua dekat sini. Kita sama jer kak..

Terasa seb4k bila makan bersama mereka. Terasa betapa besar nikmat Allah beri dalam hidup kita. Kita tak d1uji macam mereka- ebitlew

“Apabila kita tunjuk contoh baik begini, mudah-mudahan lebih ramai yang dibantu. Sebelum ini, ramai sahabat saya tidak pernah terlintas untuk membuat kerja khidmat masyarakat.

Allah mulia sungguh hati Ebit Lew. Semoga sifat dan budi baik Ebit Lew jadi tauladan buat kita semua.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Melihat keprihatinannya kepada masyarakat, tidak hairanlah, ada pihak menyarankan Ebit menjadi wakil rakyat.

“Politik bukan bidang saya. Terus-terang, saya tidak pandai berpolitik. Saya lebih berminat dengan kerja dakwah dan melakukan kebajikan masyarakat.

“Saya berdoa suatu hari nanti, mudah-mudahan Allah beri saya rezeki yang lebih agar dapat bantu lebih ramai orang. Saya mengaku banyak orang saya kecewakan hingga ada yang marah. Namun, saya tidak kecil hati,” katanya.

Ebit tidak menafikan didatangi banyak pihak yang mahu menawarkan jawatan atau pangkat kepadanya.

“Saya gembira dengan hidup saya sekarang. Saya seperti layang-layang yang terbang bebas. Tidak terikat kepada ketua. Saya hanya taat kepada negara dan undang-undang.

“Saya tidak perlu bekerja di bawah orang lain dan tidak berhajat pun,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran.”

Sumber : Instagram Ustaz Ebit Lew

Check Also

“InsyaAllah Bekalan Di Alam Kubur Daddy & Mommy” – Anaqi Mula Rajin Mengikuti Solat, Amar Baharin Berdoa Semoga Anak Menjadi Insan Soleh

Setiap ibu bapa sudah pasti ingin memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan harapan si kecil …