Connect with us

#pop

“Mana Tempat Isi Minyak Ni?”- Lelaki Ini Tak Tahu Dia Pandu Kereta Elektrik

Peringatan kepada anda yang diluar sana, sebelum memandu, pastikan anda tahu jenis kereta anda sebelum memandu untuk mengelakkan kejadian yang mencuit hati ini terjadi.

Agaknya dah selalu pandu kereta menggunakan sistem petroleum sampai terlupa dia sedang memandu kereta yang menggunakan sistem elektrik.

Hal ini telahpun berlaku ke atas seorang individu lelaki dimana beliau mencuba mengisi minyak ke atas kereta elektrik berjenama ‘TESLA’.

Perbuatannya itu dirakam senyap-senyap oleh pemandu dibelakang, sebelum video itu dimuatnaik dan tvlar di platform internet.

Kejadian menghiburkan ini berlaku di sebuah stesen minyak di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Pemilik kereta Tesla Model 3 ini dikatakan memegang nozzle minyak sambil terpinga-pinga mencari dimana letaknya tangki minyak kereta yang dipandu lelaki tersebut.

Hampir kecewa, sampai ke boot kereta dicarinya tempat isi tangki minyak. – Arab News

Keliru dan buntu dengan situasi tersebut, pemilik Tesla Model 3 itu kemudian bertindak mencari jalan menggunakan telefon pintar dia.

Akhirnya dia sedar bahawa dia memandu kereta yang menggunakan sistem Elektrik.

Video berdurasi 3:31 minit itu mendapat ratusan ribu tontonan dan berbagai reaksi yang mencuit hati keluar daripada pengguna laman sosial.

he tried to put GAS in his TESLA 🤣

he tried to put GAS in his TESLA 🤣

Gepostet von Justin Flom am Mittwoch, 15. Juli 2020

“Mungkin kereta sewa??”

Oleh itu, peringatan juga bahawa sebelum memandu kereta, jangan lupa amalkan keselamatan dan selalu memakai tali pinggang keledar.

Dan, ingat tempat tangki minyak disebelah mana, takut nanti terpinga-pinga macam lelaki dalam video itu pula.

sumber: lobakmerah

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya