“Hangpa Tengok Dia Cakap Apa Kat Pakcik Ni” – Ramai Marah Tengok ‘Influencer’ Cakap Dengan Warga Emas Depan Khalayak Ramai

Video di akhir artikel

Walau siapa pun kita, adab dan pertuturan kata mestilah dijaga terutamanya ketika berhadapan dan berurusan dengan mereka yang lebih berusia.

Mungkin mereka telah melakukan kesilapan dalam hidup, tetapi tidak perlulah kita membesarkan atau mengaibkan mereka secara terbuka di khalayak ramai jika hal tersebut boleh mengguris hatinya.

Marah orang tua di khalayak ramai

Namun begitu, melalui perkongsian seorang pengguna di Twitter yang memuat naik video dari seorang usahawan dan juga influencer bernama jofliam, dimana jofliam membuat posting di IG story yang menunjukan satu video seorang lagi influencer lain telah memarahi orang tua di depan khalayak ramai.

Dalam perkongsian berkenaan, dapat didengar dengan jelas influencer dan juga usahawan tersebut bertanya kepada seorang warga emas mengenai kehidupannya yang lalu.

Dia sempat mengajukan soalan adakah pakcik itu menyesal atau tidak dengan apa yang dia lakukan ketika masih muda.

Tengah bercakap dengan orang tua, bukan dengan adik

Perkongsian itu dilihat agak kurang ajar kerana beliau sedang bercakap dengan orang yang lebih tua dan bukannya adik atau anaknya.

Oleh itu, influencer yang menggunakan nama jofliam telah menyatakan kemarahannya ketika melihat individu berkenaan memarahi pakcik tersebut sehingga warga emas tersebut tidak berganjak di hadapan khalayak ramai.

Mungkin strategi perniagaan?

Jadi, disebabkan jofliam juga merupakan seorang usahawan, dia mengharapkan semua ini cuma strategi dalam perniagaan dan dapat menjangkakan tindakan selanjutnya  yang akan dilakukan oleh influencer tersebut nanti.

Jangan main dengan maruah orang lain

Jofliam juga kesal dengan tindakan influencer terbabit yang senang-senang bermain dengan maruah orang lain terutamanya dengan orang susah dan juga warga emas.

Memang tak patut betul!

Sehubungan dengan perkongsian semula yang dilakukan oleh pengguna Twitter bernama @IbuPeri_ , ramai yang telah meninggalkan komentar dengan mengecam tindakan kasar dan biadap influencer ternama itu.

Mereka juga merasa kasihan dengan orang tua terbabit dihina dan dipermalukan dikhalayak ramai tanpa dapat membela, mempertahankan dirinya kerana dia menggunakan pembesar suara ketika dimarahi influencer tersebut.

Kesian tau tengok pakcik tu

Ni dah kira menghina ni

“Kau siapa Tuhan nak hantar dekat bumi?”

Mentang2 pakcik tu tak tahu apa2

Tonton video disini:

Sumber: Twitter @IbuPeri_, Instagram Jofliam OMM

Check Also

Ter0k Di k3cam, Imam Besar M4sjid Putra Sekali Lagi T4mpil Buat Vide0

PUTRAJAYA – Imam Masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim memohon maaf kepada seluruh umat Islam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.