Nikah Dan Kahwin Hanya Dibenarkan Selepas Lengkap 2 D0s – Bakal ibu mertua

PETALING JAYA – “Bakal mak mertua suruh cucuk kalau tak, tak boleh kahwin dengan anak dia”

Itulah perkongsian seorang doktor dikenali @Nur Farhaneem, yang menceritakan kisah seorang pemuda berusia 28 tahun ingin mengambil vaksin kerana ditetapkan syarat oleh bakal mak mertuanya semalam.

“Semalam ada seorang lelaki 28 tahun datang pusat pemberian vaksin (PPV)  untuk cucuk vaksin. Tanya kenapa lambat cucuk, sekarang semua budak sekolah dah. Dia kata bakal mak mertua suruh cucuk kalau tak, tak boleh kahwin dengan anak dia,” ciapnya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen memuji tindakan bakal mak mertua yang mengutamakan keselamatan anaknya yang bakal dinikahi oleh pemuda tersebut.

“Bagus mak cik ini jaga keselamatan anak dan keluarga dia, mesti dia cakap nak masuk keluarga saya jangan bahayakan orang lain,” kata @NorfarahHanim.

“Bila dia dah lengkap dua dos vaksin, jangan bagi dia kawin dengan anak mak cik, dah ada pemikiran macam itu tak perlu buat menantu. Lepas kahwin nanti tak tahu jadi apa,” jelas @Nvzvlshams.

“Harap-harap mak mertua dia tunggu sampai lengkap ‘2nd dose’ baru bagi lampu hijau, kirim salam dekat mak cik itu dan kita perlukan ramai lagi orang macam ini,” ujar @AliffZaki.

Setakat 7 Oktober 2021, kadar lengkap vaksinasi dalam negara bagi populasi dewasa sudah mencapai 89.1 peratus manakala 94.6 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan.

Dalam pada itu, pergerakan rentas negeri akan bermula dalam beberapa hari lagi, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Tan Sri Dr Noor Hisham mengumumkan perkara itu menerusi laman Twitter beliau.

“Dalam tempoh beberapa hari lagi, sekatan rentas negeri akan berakhir.

“Adalah penting untuk melaksanakan semua langkah berjaga-jaga seperti memakai pelitup muka, membasuh tangan dan menjaga penjarakan fizikal, termasuk bagi yang sudah divaksin.

“Bagi menjaga keselamatan individu tersayang dan keluarga anda, tolong lakukan ujian kendiri RTK-Ag menggunakan air liur secara berkala,” katanya.

Dalam pada itu, orang ramai yang ingin melakukan pergerajan rentas negeri dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengamalkan beberapa prosedur operasi standard (SOP) asas.

Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan individu yang pulang ke kampung dinasihatkan menjalani ujian saringan COVID-19 secara kendiri menggunakan air liur dengan kerap, bagi menjaga keselamatan diri dan keluarga terdekat.

kredit: -K! ONLINE.

Check Also

Pulau Batu Puteh: Sultan Johor Bertitah Tindakan Tegas Mesti Diambil Ke Atas Pihak Lakukan Kecu4ian, Sekali Dr Mahathir Jawab Balik

KUALA LUMPUR: Perbandingan Pulau Langkawi dengan Pulau Batu Puteh adalah sesuatu yang tidak wajar, kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published.