Connect with us

#news

Masakan Terakhir Untuk Suami Tercinta. Aj4l Isteri ke tempat kerja

Tanpa mengetahui bila dan di mana, ajal itu adalah antara perkara yang tak dapat diduga oleh sesiapa pun dan perit untuk diterima pada mulanya. Lebih-lebih lagi, apabila yang diragut nyawa itu merupakan insan tercinta. Sedih dan pilu, itulah yang boleh dikatakan bagi kejadian yang berlaku baru-baru ini.

Nahas dalam perjalanan ke tempat kerja

Memetik laporan Harian Metro, seorang wanita bernama Wan Mazlinda Wan Mohamad telah kehilangan nyawa di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) arah Subang-Damansara, Petaling Jaya. Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 6 pagi di mana Allahyarhamah dalam perjalanan ke tempat kerja untuk bertugas sebagai kakitangan PLUS di Plaza Tol Damansara.

Masakan Terakhir Untuk Suami Tercinta. Aj4l Isteri ke tempat kerja

Masakan Terakhir Untuk Suami Tercinta. Aj4l Isteri ke tempat kerja

Isteri pergi kerja lebih awal daripada biasa…siap buatkan bekal istimewa

Menurut suaminya iaitu Mohd Nazir, si isteri pergi kerja lebih awal daripada biasa pada pagi berkenaan dengan menaiki motosikal. Wanita berusia 31 tahun itu juga sempat menyediakan bekal berlaukkan sambal udang untuk mereka berdua kerana Allahyarhamah teringin menjamah juadah berkenaan.

Masakan Terakhir Untuk Suami Tercinta. Aj4l Isteri ke tempat kerja

Lauk sambal udang hasil air tangan isteri yang terakhir

Mengulas lebih lanjut mengenai kejadian tersebut, lelaki berusia 38 tahun itu hanya sempat memangku jasad tidak bernyawa isterinya. Kini, dia reda dan menjamah juga hasil air tangan si isteri yang terakhir itu bersama anak-anak walaupun masih berasa sedih akan kehilangan insan tercinta.

Masakan Terakhir Untuk Suami Tercinta. Aj4l Isteri ke tempat kerja

Masakan Terakhir Untuk Suami Tercinta. Aj4l Isteri ke tempat kerja

Masakan Terakhir Untuk Suami Tercinta. Aj4l Isteri ke tempat kerja

Sumber: FB Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan yang anda berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meninggaIkan komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Terima kasih!

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya