Masih Haram Disentuh, DSV Tampil Dedah Bergambar Dengan Lucinta Luna Dan Ini Yang Jadi Pada DSV

Pengusaha kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida, sekali lagi dihambat dengan kritikan apabila memuat naik gambar bersama pempengaruh kontroversi dari Indonesia, Lucinta Luna. Menerusi beberapa keping gambar yang dimuat naik, Vida dilihat begitu mesra melayani Lucinta Luna yang kini berada di Kuala Lumpur.

“Senang sekali ketemu mereka,” tulis Vida sambil merujuk kepada Lucinta Luna dan juga pelakon serta pelawak Vicha yang kebetulan turut serta. Lucinta Luna kemudian menulis komen: “Dato’ Vida terima kasih banyak. Kemaren sudah diajak jumpa dato’ yang sangat baik hati,” respons Lucinta Luna pada gambar berkenaan. Meninjau ruangan komen, rata-rata warganet melahirkan rasa kurang senang dengan kemesraan yang ditunjukkan oleh Vida dan juga Lucinta Luna. “Janganlah pegang-pegang bagai. Walaupun si Lucinta Luna tu watak perempuan sekarang, tapi fitrahnya masih lelaki.

Haram bersentuhan yang bukan muhrim. Nauzubilah min zalik,” tulis seorang warganet. Dalam pada itu, ada yang mengkritik Vida dengan melabelnya sebagai seorang yang suka mencari perhatian.“And yet orang Melayu still support mak cik tua attention seeker mcm ni. Tak puas covid hari tu bagi pengajaran muhasabah… lepas border bukak terus makin jahil perangai sekor-sekor. “Allahu… Kau selamatkan, pelihara kami dari bangsa-bangsa pengikut djjl macam ni. Biar jahil tapi dalam hati kita sentiasa dahagakan perubahan bukan jadi munafik terang-terangan,” tulisnya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Johodaily

Sumber : Gempak

Check Also

Beza Jarak Usia 18 Tahun, Wanita Akhirnya Berjodoh Dengan Suami Walau Banyak Kali ‘Rejectt’

Betul lah kata orang, jodoh tidak mengenal usia seseorang Walaupun kita lihat ramai yang bertemu …

Leave a Reply

Your email address will not be published.