Video Fronliner joget2 dalam PPE masa bertugas undang sebak , “Biarlah, mereka terlampau penat dah kerja lebih dari sepatutnya”

Umum sedia maklum bahawa barisan petugas kesihatan atau frontliner telah berjuang lebih dari setahun membantu rakyat Malaysia menghadapai dan menangani ᴡᴀʙᴀᴋ ᴄᴏᴠɪᴅ-19 yang tidak menunjukkan satu pun petanda ianya akan berakhir.

Penat lelah mereka tidak dapat rasanya dibalas oleh kita semua kerana mereka telah bekerja keras mengerah kudrat dari awal tahun 2020 hingga sekarang. Telah ramai dari mereka yang terkorban dan keadaan kesihatan terjejas disebabkan oleh ᴡᴀʙᴀᴋ tersebut.

Disebalik perjuangan mereka yang sangat sukar dan besar itu, pasti perasaan jenuh dan penat akan bersarang dalam diri terutamanya bila melihat kes positif harian yang masih terus meningkat setiap hari.

Tersenyum lihat mereka menari

Jadi, perkongsian satu video dari pengguna Twitter yang dikenali sebagai @brgsjks membuatkan warganet berasa sebak, terharu dan gembira apabila melihat barisan kakitangan petugas hadapan mencari masa untuk menghilangkan tekanan mereka.

Ada yang pasang speaker nyanyi sama2

Walaupun lokasi sebenar tidak dapat dikenal pasti, namun mereka kelihatan begitu gembira menari bersama penduduk rumah flat yang dipercayai sedang menjalani kuarantin.

Para penduduk dapat dilihat memasang lagu pada pembesar suara dan keluar ke tepi rumah masing-masing sambil melambai ke arah frontliner di bawah.

Rasa sebak pula tengok mereka hilangkan stres

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata netizen telah memberi komen dengan mengakui berasa sebak dan sedih melihat frontliner yang sanggup bersedia berpanas dengan memakai suit PPE untuk memastikan kesihatan penduduk terjaga.

Walaupun mereka sedar bahawa ᴡᴀʙᴀᴋ masih lagi ‘menghantui’ negara dengan kes-kes harian dan kes kematian yang meningkat setiap hari, tidak salah rasanya jika mereka cuba menghilangkan tekanan dan letih bertugas dengan sedikit hiburan ringan seperti itu.

Mereka dah banyak berjasa buat kita semua

Senyum lihat mereka sambil air mata meleleh

Comel la diorang ni!

Sumber: Twitter @brgsjks, Twitter @OwToTheZie

Check Also

“InsyaAllah Bekalan Di Alam Kubur Daddy & Mommy” – Anaqi Mula Rajin Mengikuti Solat, Amar Baharin Berdoa Semoga Anak Menjadi Insan Soleh

Setiap ibu bapa sudah pasti ingin memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan harapan si kecil …

Leave a Reply

Your email address will not be published.