Berpuluh Tahun Dah Makan Hasil, Skali Pekebun Bgtau Diorg Dah Insaf Dan Rayu Jangan Tebang Dulu

Sejak beberapa hari ini heboh di media sosial berhubung operasi Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) yang bertindak membersihkan kebun durian Musang King di Raub, Pahang.

Serentak dengan itu juga, 18 individu ditahan kerana memasuki kwasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu TaIam, Raub tanpa kebenaran pada Ahad lalu direman 2 hari bagi membantu siasatan

Sebelum itu kesemua mereka turut terbabit dalam melakukan provokasi terhadap pasukan penguat kuasa yang menjalankan operasi tersebut.

Sementara semalam, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan bahawa isu penerokaan tanah secara haram di Pahang bermula sejak tahun 1970-an lagi.

Kata Najib, perkara itu berlaku apabila kerajaan melaksanakan Rancangan Buku Hijau untuk menggalakkan pertanian tanah terbiar terutama bagi penghuni Kampung Baru yang ditubuhkan.

” Durian mula ditanam di sana pada tahun 1990-an. Banyak tanah bertukar menjadi kebun durian.

” Susulan kejayaan penanaman durian, ada pekebun yang mula ceroboh tanah bukan milik mereka pada tahun 2000 an” kata Najib.

Memetik kenyataan Najib itu, ini bermaksud pencerobohan tanah bagi tujuan penanaman durian secara hram di Pahang bermula sekitar 20 tahun yang lalu.

Pekebun insaf, rayu tangguh operasi untuk berbincang

Terbaru, pekebun durian musang king di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub merayu pihak berkuasa menangguhkan operasi menebang pokok yang ditanam secara haram itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Baharu (JKKKB) Tras, Lim Teck Hoe berkata, penangguhan itu bertujuan memberi peluang kepada pekebun berbincang dengan kerajaan Pahang dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP).

” Saya bertanggungjawab membantu menyampaikan hasrat penduduk Kampung Baru Tras termasuk pekebun durian.

” Mereka mahu berbincang dan mencari penyelesaian secara ‘menang-menang’ dengan kerajaan dan JPNP.

” Pekebun yang terlibat telah insaf dengan perbuatan mereka.

” Mereka juga merayu kerajaan dapat mempertimbangkan menangguhkan operasi penguatkuasaan ini sehingga kedua-dua pihak dapat mencapai kata sepakat yang dibenarkan mengikut lunas-lunas undang-undang,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Pada Ahad, JPNP menahan 18 pekebun haram durian musang king dalam operasi penguatkuasaan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam di Raub.

Jabatan itu dalam kenyataannya memaklumkan, sepanjang operasi itu dijalankan, mereka berdepan dengan provokasi pekebun haram termasuk membuat halangan kepada kenderaan untuk keluar dan masuk ke kawasan berkenaan.

Difahamkan lebih 200 pokok durian telah dibersihkan dalam operasi penguatkuasaan itu.

Pada Isnin, Mahkamah Majistret Raub membenarkan 18 pekebun durian musang king terbabit direman dan pada Selasa mereka dibebaskan dengan jaminan poIis.

Mengulas mengenai insiden itu, Teck Hoe meminta agar semua pekebun bertenang dan tidak melakukan sebarang tndakan yang melanggar undang-undang dan Akta Perhutanan Negara 1984.

Jelasnya, ini kerana operasi penguatkuasaan JPNP mengikut perundngan sedia ada.

Sementara itu, Penasihat Save Musang King (Samka), Chow Yu Hui berkata, semua pekebun durian sedia berbincang dengan pihak kerajaan untuk menyelesaikan isu ini.

” Pekebun akan memberi kerjasama bagi memastikan satu keputusan menang-menang dapat dicapai,” katanya.

Sementara itu berdasarkan semakan, pendapatan pekebun durian musang king dianggarkan sekitar RM100 ribu semusim bagi setiap satu ekar tanah.

Jika diambil kiraan 2 Ekar bersamaan dengan 0.8094 Hektar, justeru tidak hairanlah sekiranya pekebun meraih jutaan ringgit kerana laporan menyebut durian di Raub di tanam di keluasan lebih 100 hektar.

Jadi anda boleh ambil kalkulator dan kirakan sendiri berapa anggaran pendapatan kasar pekebun durian musang king.

Berpuluh Tahun Dah Makan Hasil, Skali Pekebun Bgtau Diorg Dah Insaf Dan Rayu Jangan Tebang Dulu

MB kata operasi tidak langgar undang-undang

Dalam pada itu, operasi penguatkuasaan di Hutan Simpan Kekal Batu Talam, Raub tidak melanggar perintah Mahkamah Rayuan seperti yang didakwa.

Menurut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (gambar kecil atas) sebaliknya, kerja-kerja penguatkuasaan tersebut dilakukan di luar kawasan kebun yang dimiliki Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.

” Operasi dan kawasan penguatkuasaan yang dilakukan ini telah mendapat pandangan perundngan daripada Pejabat Penasihat Undng-Undng (LA) negeri yang sebelum itu telah merujuk kembali perkara terbabit ke Mahkamah Rayuan.

” Ini adalah operasi penguatkuasaan biasa tetapi mendapat tntangan serta provokasi dengan kata-kata kesat dikeluarkan ke arah pegawai-pegawai dan kakitangan penguat kuasa.

” Jadi, saya berharap ia tidak dijadikan isu perkauman kerana sebelum ini kerja-kerja penguatkuasaan turut dilakukan di Sungai Ichat (pekebun lndia) dan Lembah Bertam (pekebun Ciina) di Cameron Highlands; serta di Kechau, Lipis (pelombong emas MeIayu),” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, tindakan bersepadu membabitkan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dan Unit Penguatkuasa Negeri Pahang (UPNP) mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, tempoh kerja-kerja penguatkuasaan bermula pada Sabtu dan dijangka sehingga 2 Ogos depan membabitkan kebun-kebun haram termasuk durian musang king dalam Hutan Simpan Kekal Batu Talam yang berkeluasan 101.17 hektar.

Tambah Wan Rosdy, tindakan akan diambil termasuk menahan mana-mana individu atau pekebun yang memasuki kawasan hutan simpan berkenaan tanpa kebenaran, malah apa juga barangan dan kenderaan akan disita.

Sumber: sinarharian

Check Also

“InsyaAllah Bekalan Di Alam Kubur Daddy & Mommy” – Anaqi Mula Rajin Mengikuti Solat, Amar Baharin Berdoa Semoga Anak Menjadi Insan Soleh

Setiap ibu bapa sudah pasti ingin memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan harapan si kecil …

Leave a Reply

Your email address will not be published.