Masya Masyitah Berjaya Membeli Rumah Ke-2 Pada Usia 21 Tahun

Masya Masyitah Berjaya Beli Rumah Kedua Pada Usia 21 Tahun

Siapa sangka baru sahaja berusia 21 tahun, penyanyi Masya Masyitah berjaya membeli rumah keduanya dengan hasil titik peluhnya sebagai anak seni.

Berkongsikan berita gembira itu di Instagram, Masya meluahkan rasa syukur serta memuat naik fotonya menerima kotak ‘fuse cutout’ sebagai simbolik sudah memiliki kediaman dua tingkat itu.

Ini merupakan rumah kedua dibelinya selepas berjaya membeli sebuah kondominium berharga RM300,000 secara tunai ketika berusia 19 tahun.

Perkongsian Masya itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminatnya yang mengucapkan tahniah serta tumpang bangga dengan kejayaan penyanyi itu.

” The greater your storm,
The brighter your rainbow “

Itu antara caption yang disertakan dengan perkongsian penyanyi Masya Masyitah apabila beliau telah berjaya membeli sebuah rumah.

Apa yang menariknya, rumah itu adalah yang kedua dibeli beliau setelah pencapaian sama dibuat pada usia 19 tahun, wow!

Melihat hasil pencapaian yang luar biasa itu, rata-rata pengikutnya tumpang gembira dan bangga dengan kesungguhan serta kerja keras Masya sehingga berjaya membeli dua buah rumah pada usia yang masih muda.

Masya Masyitah Berjaya Membeli Rumah Ke-2 Pada Usia 21 Tahun

Tidak lupa ada juga segelintir individu mengucapkan tahniah dan mendoakan penyanyi lagu Hapus itu terus dimurahkan rezeki dan membahagiakan keluarganya.

Bangga dengan awak sayang!

Masya Masyitah Berjaya Membeli Rumah Ke-2 Pada Usia 21 Tahun

Alhamdulillah! Muda2 dah ada rumah sendiri…

Masya Masyitah Berjaya Membeli Rumah Ke-2 Pada Usia 21 Tahun

Motivasi ni.. doakan saya juga!

Masya Masyitah Berjaya Membeli Rumah Ke-2 Pada Usia 21 Tahun

Sebelum ini, Masya atau nama penuhnya Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff mendedahkan berjaya membeli kondominium bernilai RM300,000, dua tahun lalu.

Dia turut berkongsi video dekorasi dan hiasan kediaman tersebut di saluran YouTube untuk tatapan peminat yang sentiasa menyokong kerjaya nyanyiannya.

Tindakan Masya ini juga wajar dipuji kerana pembelian rumah dikira sebagai satu pelaburan yang bijak.

Semoga selepas ini Masya dapat terus melakar kejayaan dan membahagiakan kedua ibu bapa dan keluarga.

Sumber: Instagram Masya Masyitah

 

Check Also

Ter0k Di k3cam, Imam Besar M4sjid Putra Sekali Lagi T4mpil Buat Vide0

PUTRAJAYA – Imam Masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim memohon maaf kepada seluruh umat Islam …