‘Patah Hati Dan Bawa diri? Saya Bukan Berhijrah Terus’ – Didakwa Kcewa Dengan Perkahwinan Fizo, Mawar Tampil Bersuara

” Tak sangka ia jadi isu pula..” Mawar bersuara.

Demikian kata-kata ahli perniagaan popular, Mawar Karim, 32, yang memohon maaf sekiranya perbuatan memuat naik foto berdua dengan pelakon Ashraf Muslim melalui laman Instagramnya mengguris dan menyinggung hati mana-mana pihak.

Tambah Mawar, gambar tersebut diambil ketika beliau terserempak dengan Ashraf di kediaman salah seorang rakannya di Jeddah.

Akui Mawar lagi, pertemuan dengan pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa tersebut terjadi secara kebetulan.

” Kami terserempak di rumah salah seorang teman di Jeddah. Ketika itu, saya baru sampai, manakala Ashraf sudah mahu beransur pulang.

” Secara jujur, saya tiada niat mengguris hati sesiapa. Lagipun, kami bukan baru kenal, sebaliknya sudah lama saling mengenali.

” Secara kebetulan, kami terserempak di tempat asing, jadi saya mengambil peluang bergambar dengannya.

” Bagi mengelakkan salah faham, saya sengaja meletakkan kapsyen tidak serius berbunyi ‘ana la thlatha’ yang bermaksud ‘saya bukan yang ketiga’, tetapi tidak sangka ia menjadi isu dalam kalangan ntizen,” katanya kepada BH Online.

Menerusi kapsyen itu, kebanyakan wargamya memahami Mawar hanya sekadar bergurau bahawa dia bukan isteri ke-3 Ashraf yang diketahui umum telah memiliki 2 orang ‘bidadari’ buat masa ini.

Di ruangan komen, terdapat juga segelintir wargamya yang mempersoalkan kenapa pemilik jenama tudung Fareeda tersebut memuat naik gambar bersama dengan suami orang.

” Kenapa kongsi gambar dengan semua orang itu?” soal seorang pengguna Instagram.

Balas Mawar: “Ada tuliskah dosa atau kesalahan saya muat naik gambar ini?”

Dalam komen lain, Mawar menjawab kenyataan seorang wargamya yang mendakwa beliau sengaja memuat naik gambar berkenaan kerana dahagakan perhatian.

” Ini seorang lagi, apa yang salah masa? Saya perlu minta kebenaran awak dulu ke untuk pergi ke mana-mana?

” Saya ada kerja di sini. Ya, hanya perlu perhatian daripada Allah SWT. Sebab ini saya datang ke sini korban tinggalkan anakanda buat pertama kali,” jawabnya kepada wanita tersebut.

Difahamkan, dia dan Ashraf kebetulan berselisih di Mekah dan kedua-duanya juga sedang menunaikan ibadah umrah.

Foto bersama Ashraf yang dimuat naik Mawar di Instagramnya kira-kira 5 hari lalu mendapat lebih seribu komen dengan reaksi berbeza daripada pengguna laman sosial itu.

Ada yang berpendapat perbuatan Mawar itu tidak manis berikutan status Ashraf sebagai suami orang.

Bukan patah hati sebab Fizo dah kahwin

Sementara itu, Mawar menafikan pemergiannya ke Tanah Suci Makkah bagi membawa hati atas pernikahan bekas suaminya, Fizo Omar dengan bekas pramugari, Fazeera Nazri Aziz, minggu lalu.

Sebaliknya, jelas Mawar, dia berada di Jeddah atas urusan kerja dan perniagaan. Dan kesempatan itu juga digunakan untuk menunaikan umrah.

” Patah hati dan bawa diri? Saya bukan berhijrah terus, sebaliknya ke Makkah atas urusan kerja. Buat kali pertama saya meninggalkan anak, Wan Maryam Wan Hafizol untuk tempoh lama dan pergi seorang diri.

” Sambil bekerja menguruskan hal dunia, saya tidak menyangka diberi peluang untuk muhasabah dan mendekatkan diri dengan Allah.

” Dari segi syarat, visa umrah memerlukan mahram. Tetapi, api saya bersyukur ini satu bonus sangat berharga apabila berpeluang menunaikan umrah ,” katanya terharu kehadirannya disambut dengan baik sehingga tidak terasa berada di negara orang.

Terdahulu, Mawar pernah mendirikan rumh tngga dengan Fizo pada November 2013, namun bercrai pada 10 Julai 2019.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.

Minggu lalu, Fizo Omar selamat bernikah dengan seorang bekas pramugari, Fazeera Nazri Azrai, 25, dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

” Saya jumpa isteri dekat somewhere (suatu tempat). Selepas itu kami berkenalan, berkawan dan bercinta di musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan)”. kata Fizo memdedahkan detik perkenalan dengan isteri.

Kata Fizo, dia berkawan dan mengenali hati budi wanita berusia 25 tahun itu selama lebih kurang setahun sebelum mengambil keputusan untuk menikahinya.

Sumber:bharian dan k0smo

Check Also

Dah Tahu Miskiin Beranaak Setiap Tahun Kenapa. Kata-kata Hiina Seorang Guru dan Kawan Sekelas Buatkan Beliau Buktikan Anak Petani Pun Serba Boleh

Bukan semua orang bertuah seperti kita. Tinggal di rumah yang selesa, ada ibu bapa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.