‘Inilah Hasil Keringat Kita Berdua, Kerja Siang Malam’ – Mawar Rashid Dapat Hadiah Banglo 3 Tingkat Dari Suami

” Anje gembira dapat beli rumah yang ni sebenarnya sebab rumah ni hasil titik peluh kita berdua..”

Demikian luahan pelakon, Mawar Rashid yang terharu dan tersentuh hati apabila suaminya Raf Yaakob membuat kejutan sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-4, semalam.

Apa yang menyentuh hati ramai, bersempena dengan ulang tahun perkahwinan yang ke-4, pelakon Mawar Rashid mendapat kejutan istimewa apabila suaminya menghadiahkan sebuah banglo.

Malah, banglo mewah 3 tingkat itu turut mendapat perhatian peminat apabila dikatakan bernilai hampir RM2 juta.

Dalam pada itu, Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid berkata, beliau bersyukur kerana akhirnya dapat memiliki sebuah rumah baharu setelah bekerja keras selama ini dalam industri hiburan dan perniagaan.

Ujar Mawar, rumah tersebut merupakan rumah idamannya.

Mawar hilang kata-kata

” Happy 4th anniversary abang. Thank you buat surprise kat Anje. Tak pernah terfikir abang akan buat surprise macam ni. Sangat meaningful. Ada hikmah rumah yang dulu bukan rezeki kita, Anje lagi happy dapat beli rumah yang ni sebenarnya sebab rumah ni hasil titik peluh kita berdua.

” Kita saja faham betapa strugglenya kita, kerja siang malam, ups & down kita, struggle nak bahagikan masa lagi, struggle benda lain lagi. Tapi Syukur Alhamdulillah impian kita dah tercapai nak rumah idaman kita..” luah Mawar.

Pelakon berusia 26 tahun itu berkongsi satu video kejutan di laman Instagram miliknya yang menunjukkan beliau dipimpin suaminya masuk ke dalam rumah 3 tingkat tersebut sebelum dihadiahkan sejambak bunga.

Lebih terharu, Mawar teringat saat indah Raf melutut sambil menghulurkan sebentuk cincin kepadanya ketika hari melamar pada tahun 2017.

Suami sungguh romantik sejak dulu

” Anje appreciate sangat effort abang. Thank you abang buat Anje happy sangat. Kenangan yang Anje tak akan lupa. Abang ni romantik betul dari dulu sampai sekarang tak berubah. Anje macam biasa la. Akan speechless sebab terkejut plus happy.

” Dulu tu masa propose memang la sweet tapi Anje macam tak ada perasaan sangat, dia macam blur sebab baru kenal abang beberapa bulan kan. Tapi surprise yang ni perasaan Anje tak macam dulu, sekarang ni dia macam feeling lebih sikit, cepat tersentuh sebab dah makin kenal abang, dah makin sayang abang. Kita pun dah go through macam-macam together.” ujar Mawar lagi.

Tambah Mawar, kejutan yang dilakukan oleh suaminya itu tidak akan boleh dilupakan sampai bila-bila.

Tambahnya, dia berasa sangat tersentuh selepas melihat hasil usaha dan kerja keras suaminya selama ini.

” I just want you to know that I Love you so much and I wanna grow old with you. Thank you sebab sentiasa nak jadi suami, ayah dan insan yang terbaik to all of us..” akhiri Mawar.

Sementara itu, menjengah ruangan komen pula rata-rata peminat Mawar terharu melihat pencapaian pelakon kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu yang mampu membeli rumah jutaan ringgit.

Malah ada yang menitis air mata gembira selepas melihat vdeo kjutan yang dibuat oleh Raf Yaakob.

” Ternangis tgok Mawar nangis.. cantiknya rumahhh Mawar, mesti excitted sangat kann wahhh.. tumpang gembira lihat Mawar dan suami” tulis Laila.

Menarik tentang Mawar.

Mawar dilahirkan pada 3 April 1995 di Kota Bharu, Kelantan.

Beliau berkahwin dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob yang merupakan adik kepada penyanyi dan cef selebriti terkenal, Fazley Yaakob pada 9 November 2017. Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 7 Julai 2017.

Pada awal muharam 2020 Mawar mula bertudung.

Mawar Rashid memulakan kerjaya pemodelan sebagai peserta pertandingan Dewi Remaja 2014/15 bersama-sama dengan Raysha Rizrose, Puteri Aishah, Mimi Lana, Deeba Halil, Balqish Maarif, Fify Azmi dan Syamim Farid dan diundi sebagai peserta kegemaran.

Selepas Dewi Remaja tamat, kerjaya lakonannya bermula apabila Mawar diberikan peranan pembantu dalam siri televisyen Astro Ceria, Super Gameboy.

Beliau kemudiannya meraih pencapaian luar biasa dalam bidang lakonan apabila dipilih menjayakan peranan antagonis sebagai Elfira dalam drama adaptasi novel Tundukkan Playboy Itu lakonan Uqasha Senrose dan Hafidz Roshdi.

Beliau juga menjayakan watak sebagai Senah dalam telefilem Pok Ya Cong Codei, Siti di Hati arahan dan lakonan Sabri Yunus yang bersiaran pada 30 Jun 2018 di Astro Citra.

Sumber:gempak dan IG MawarRashid

Check Also

Dah Tahu Miskiin Beranaak Setiap Tahun Kenapa. Kata-kata Hiina Seorang Guru dan Kawan Sekelas Buatkan Beliau Buktikan Anak Petani Pun Serba Boleh

Bukan semua orang bertuah seperti kita. Tinggal di rumah yang selesa, ada ibu bapa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.