Connect with us

#news

MBSA tahu beza tak antara mesin jvdi dengan mesin jahit? – Jamal Yunos

Datuk Seri Jamal Yunos, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar secara sinis meminta Menteri Besar Selangor untuk memberi kursus berkenaan pengenalan mesin jvdi kepada unit penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

“Saya nak beritahu kepada MB Selangor (Datuk Amirudin Shaari) supaya memberikan juga kursus kepada penguat kuasa MBSA bagaimana rupa bentuk kedai jvdi ini.

“Ini mesin jahit, bukan mesin jvdi. MBSA kena tahu mana satu mesin jvdi dan mana satu mesin jahit.

“Kita adu mengenai mesin jvdi, tapi MBSA rampas mesin jahit,” katanya sambil menunjukkan mesin jahit yang dibawa.

“Seperti yang saya lihat semalam mereka (dalam 0perasi MBSA) tidak kenal rupa kedai jvdi ,” ujarnya ketika ditemui selepas memantau di premis perniagaan di Sungai Buloh hari ini.

MBSA tahu beza tak antara mesin jvdi dengan mesin jahit? – Jamal Yunos

Foto yang kelihatan unit anggota penguat kuasa bertindak merampas mesin jahit telah tular di seluruh platform sosial media sejak semalam.

Jamal mempersoalkan kenapa tindakan unit penguat kuasa MBSA melaksanakan operasi dengan turut merampas barangan di premis yang tiada kaitan dengan premis perjvdian.

Jamal membuat konklusi bahawa tindakan MBSA melaksanakan perkara tersebut sepertinya membalas dendam ekoran pendedahan kegiatan jvdi dan r0kok seludvp di Sungai Buloh.

“Ia umpama menik4hi isteri tetapi orang lain yang meng4ndung,” katanya dalam sidang media di Bandar Baru Sungai Buloh sebentar tadi.

“Kedai jvdi memang sudah wvjud tapi semalam kita meng4du kedai jvdi dia mer4mpas kedai mesin jahit dan oleh hal yang demikian saya membawa mesin jahit untuk beritahu mereka kenal atau tidak kedai mesin jahit atau mesin jvdi?” s0alnya.

Jamal turut meluahkan rasa kesal atas apa yang telah berlaku kerana nasib peniaga kecil yang tidak dapat membuat apa apa sewaktu perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terpaksa menghadap operasi MBSA yang diakui telah menyusahkan mereka.

“Tiga empat bulan tak dapat cari makan sebab PKP, hari ini tak dapat niaga (susulan operasi MBSA),” katanya.

MBSA tahu beza tak antara mesin jvdi dengan mesin jahit? – Jamal Yunos
Foto: Sinar Harian

Dahulu, Datuk Seri Jamal Yunos juga merupakan Penaung Peniaga Kecil Selangor seangkatan dengan Ketua Badan Gabungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar hari ini pergi melawat dan jumpa peniaga di sekitar kawasan kaki lima yang diberikan notis 24 jam pengosongan kawasan tersebut.

Operasi tersebut dipercayai berkait dengan isu video yang tular berkenaan premis perjvdian yang berleluasa di Sungai Buloh sehingga mencapai tahap penahanan segelintir unit pegawai penguat kuasa MBSA oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semenjak semalam.

Sumber: MalaysiaGazette, Sinar Harian

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya