“Mcm mana kucing ni bayar pekerja dia ek. Dia sign cek ke dia cop tapak kaki atau dia transfer online je. Iskkk curious betoi la.” – warganet ingin tahu

Mereka yang pernah membela kucing pasti tahu, kos yang diperlukan untuk menjaga haiwan comel ini bukanlah murah. Banyak perkara yang perlu diambil kira seperti makanan, pasir, barang mainan dan ubat-ubatan.

Boleh dikatakan, seseorang itu memerlukan sejumlah wang memandangkan kucing tidak boleh bekerja dan tidak memiliki duit. Namun, semua ini berbaloi dengan kecomelan dan kerenah haiwan ini yang mampu menghiburkan hati.

Lain pula kisahnya buat Choupette, seekor kucing baka Birman yang diiktiraf sebagai kucing yang paling kaya di dunia meskipun ia tidak mampu untuk bercakap dan bekerja seperti manusia.

Choupette ialah kucing milik Karl Lagerfield, seorang pereka fesyen dan tunjang belakang jenama Chanel. Karl bertanggungjawab dalam mereka koleksi siap pakai buat jenama itu. Hubungan Karl dan Choupette begitu akrab, sehingga Karl menganggap mereka berdua sudah berkahwin.

Dilaporkan, Choupette dijaga dengan dua pengawal peribadi untuk menjaga keselamatan dan bermain dengan kucing berwarna putih ini. Jadi, agak sukar untuk mana-mana individu mendekati haiwan ini, apatah lagi cuba untuk membuat jahat.

Antara komen netizen:

“Harta kau maybe banyak tapi rumah kau mewah manapun tetap tak boleh lawan besarnya rumah kucing sekor ni ” – Aymen Alyf Iskandar

“Kawinkan dia dgn kucing aq bagus ni….bole dpt bahagian harta sepencarian…bila dh x sehaluan. ” – Azry Azry

“Aku ada juga ni sekor perasan paling kaya kat bumi… Pdhal gaji aku ni mana pernah bayo…tu rantai tu pun beli hutang… Muka x pernah senyum eksen sepanjang masa!!! Perasan ape ntah ” – Dheea Daneeal

“Aku termenung sejenak. Berapa ribu orang miskin yg akan menikmati faedah jika wang kekayaan disalurkan kpd mereka yg tak bernasib baik. ” – Abu Zamir Ismail

“Gaji dia jadi model jer terkumpul ada 17 juta belum mewarisi pusaka tuan dia 1bilion. adeh kucing.. kawin lah dgn kucing aku betty.. ” – Ayu Uqasyah

“Tuan dia bijak jugak,bagi harta banyak²,so ramai yg akan sayang kucing dia,sangup jadi babu kucing,yg nak jaga pun ramai.kire nya hidup kucing terjamin bile die dah takde. ” – Natasyah Lydia Ar Rayyan

“Meoww banyak nyer duit, meh bagi uncle ckit, 1juta pun jadi la, meow mana boleh pegang duit bnyak²” – فردوس ذوالكفلي

“Kalau dia mati blh kat sape pula harta…? Sekarang sape urus harta tu…? Best la sape yg jaga. Kucing bukan tahh lau kita ambil pun… ” – Dauh Tupakk

Persis anak raja

Kehidupan yang dimiliki oleh Choupette juga mewah persis anak raja. Kucing ini memiliki iPad sendiri, pernah menaiki pesawat peribadi dan memilik beg LV yang dicipta khas untuknya.

Tidak cukup dengan itu, Choupette juga hanya diberi makanan mewah dan sihat. Difahamkan, kucing ini sering diberi makanan mewah seperti kaviar dan salmon dari restoran terbaik di Paris.

Bagaimanapun, Karl Lagerfield dilaporkan meninggal dunia pada tahun akibat komplikasi daripada kanser pankreas. Menurut sumber, lagenda dunia fesyen ini ada meninggalkan wang sejumlah £178 juta (lebih RM1 bilion) buat kegunaan Choupette.

Meskipun ditinggalkan dengan wang yang begitu banyak, Choupette turut memiliki wang sendiri hasil daripada kontrak menjadi model dan pengiklanan. Difahamkan, Choupette memiliki £3 juta (RM 17.3 juta) hasil daripada pekerjaan ini sahaja.

Buat anda yang mahu melihat perkembangan hidup Choupette, anda boleh mengikuti Instagram peribadi kucing ini di choupettesdiary.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Lobak merah

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.