Ada yang mesra Azmin, ada yang namakan Mukhriz.

Dalam suasana yang agak tegang dan penuh dengan kejutan angka yang semakin meningkat, tidak disangka masih terdapat segelintir ahli politik yang masih memkirkan calon seterusnya untuk Perdana Menteri kita ini.

Terkini, tidak ketinggalan dalam memberi pendapat tentang calon Perdana Menteri ialah mantan PM kita iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa terdapat sekurangnya-kurangnya empat atau lebih yang berpotensi menjadi Perdana Menteri pada masa akan datang.

Katanya, antara calon yang disebut oleh orang ramai adalah Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Ada tiga hingga empat calon dan boleh jadi lebih. Ramai yang melihat saya mesra kepada Azmin, dia salah satu calonnya. Saya juga rasa ada calon Perdana Menteri yang bukan datang daripada ahli politik terkemuka.

“Mereka berada di luar daripada kumpulan ahli politik dan orang baharu. Mereka yang tunjuk minat dalam politik dan saya tidak boleh namakan kerana tidak adil buat mereka.

“Ada juga menamakan Mukhriz iaitu anak saya. Tetapi saya tidak percaya dengan memilih seorang dan mereka kena bersaing untuk mendapat jawatan ini. Apa pun pemimpin Pejuang perlu bekerja keras,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sebuah program bertajuk ‘What’s Going On Malaysia’ yang dikendalikan oleh pelawak, Harith Iskander pada malam Rabu.

Menjawab persoalan untuk beliau menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga, Dr Mahathir berkata, perkara itu tidak mungkin akan berlaku disebabkan umurnya yang telah mencecah 96 tahun.

Kadang terpikir juga apa yang ada dalam fikiran mereka sehingga mampu membuat kenyataan seperti ini. Mana perginya sensitiviti kepada masyarakat ketika kita dalam keadaan begini.

Bukankah lebih baik kalau semua tampuk pimpinan kita tak kira pembangkang, mantan atau kerajaan sendiri bersama-sama mencari jalan yang sebaik mungkin untuk memulihkan negara kita.

Dengan keadaan ekonomi semakin lemah, ekonomi setempat yang semakin tidak rancak, beberapa sektor ekonomi yang menjadi punca, sudah tiba masanya ketepikan politik dan terus berusaha untuk menambah baik pulih negara kita, Malaysia yang tercinta.

Sumber: Sinar by NAZRIN ZULKAFLI

Check Also

Ter0k Di k3cam, Imam Besar M4sjid Putra Sekali Lagi T4mpil Buat Vide0

PUTRAJAYA – Imam Masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim memohon maaf kepada seluruh umat Islam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.