“Suami Sampai Tak Nak Makan”- Ain Edruce Kongsi Jantina Bayi & Pengalaman MeIahirkan Anak Berbelas Jam

Pelakon dan pengacara Ain Edruce akhirnya mendedahkan jantina bayinya adalah seorang anak perempuan.Melahirkan bayi seberat 2.79 kilogram (kg), Ain berkongsi pengalamannya melahirkan anak sulungnya pada jam 1.30 pagi, 19 Mei (semalam).

“Setiap orang mempunyai pengalaman berbeza, bagi saya pula saya terpaksa melalui proses hampir berbelas jam untuk menunggu bukaan untuk bersalin.

“Saya boleh katakan ia sangat memenantkan tapi saya gembira kerana saya selamat bersalin normal dan sekarang pun saya dah boleh mula berjalan seperti biasa,” katanya kepada Astro Gempak.

Bercerita lanjut mengenai proses bersalinnya, Ain memberitahu suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa seorang yang sangat kuat memberi sokongan ketika dia sedang mempert4ruhkan nyawanya melahirkan anak mereka.

“Amirul memang sangat supportive, dia sentiasa ada bersama saya melalui proses ini. Sampai kan saya suruh makan pun dia tak mahu, dia ada saja di sisi saya.

“Selain itu saya bersyukur juga apabila jururawat serta doctor juga sangat membantu dan baik memberi sokongan kepada saya. Jadi perjalanan bersalin itu jadi tenang meskipun ia memakan masa yang lama,” ceritanya lagi.Ain melahirkan puteri sulungnya itu di sebuah hospital swasta di ibu kota.

Ain mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember 2019 selepas beberapa bulan mengikat pertunangan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Gempak

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …