Connect with us

#pop

“Memang Jinak Dah 4 Tahun Kenal..” – Abang Posmen Kongsi Video Anjing Jinak Dah 4 Tahun Tolong Ambil Surat

Terdapat banyak jenis dan spesis haiwan di muka bumi ini. Ada juga beberapa jenis haiwan yang setia dan selesa dengan kewujudan manusia disisi.

Antaranya kucing dan anjing. Anjing adalah salah satu haiwan yang sangat setia dengan manusia. Walaupun luaran haiwan itu nampak radikal dan g4nas, tetapi mereka amat jinak dan menurut kata tuannya jika dilatih secara berperingkat.

Hal itu membuatkan banyak anjing dipelihara ibarat rakan karib dan pada waktu sama ia juga menjadi pelindung.

Memang jinak…dah 4 tahun kenal tugas dia ambilkan surat daripada posmen

Video posmen dikejar anjing semasa bertugas menghantar surat, barangan sudah menjadi perhatian dan lumrah sewaktu bekerja. Tetapi kali ini berlainan apabila individu bernama Mohd Munir memuatnaik gambar di laman sosial, baru-baru ini.

Hampir 4 tahun menolong ambilkan surat-suratan, seekor anjing berwarna coklat itu tidak dinafikan jinak dan baik dengan kehadiran posmen.

Bila mendengar arahan ‘UP’, anjing itu bijak mengambil surat yang dikirim sebelum masuk ke dalam rumah dan beri kepada pemiliknya.

Selamat Pagi Gais….mmg jinak dh 4 tahun knl…hahahah….tugas dye mmg ambil surat….

Gepostet von Munir Mohd am Donnerstag, 16. Juli 2020

 

Kejadian yang unik itu dirakam oleh Mohd Munir semasa melakukan tugasnya beberapa hari lalu. Tanpa disangka, hal itu menjadi viral dan mendapat lebih 11 ribu perkongsian di laman sosial Facebook.

Kebanyakan netizen berikan pelagai komen dan reaksi pujian ke atas kejinakan anjing tersebut. Bukan itu sahaja, netizen turut meluahkan rasa kagum dengan kaedah posmen itu melayan anjing tersebut dengan baik bahkan mengucap terima kasih kepada anjing itu.

Nur Nadia – Ni guna nya anjing.. Bukan diseksa 😢.. Bagus owner anjing ni jaga dia baik2..

Din Aya – Ni kalau tukar abg posmen kena bagi tahu ni tidak nayaaaa

Azmira Az – Bijaknyaaa dia. Bile posmen kate “thank you” pandai dia angguk🥰

Que Sukei Watanabe – Ni njirrr sudah well educated…😘
Friendly dgn posmen plak tu…☺️
Owner dia msti org yg jnis berdisiplin tinggi…👍🏻

MunEe Lee – Anjing mmg tahu perangai postman. Kalau postman hati bagus, anjing pun bagus la. Kalau postman yg sentiasa baling batu kat dia, dia mmg la ingat and kejar postman tu kalau boleh 🤫

Janganlah kita anggap semua anjing itu g4nas dan berbah4ya. Jika kita tahu caranya, pasti ia menjadi baik dan jinak juga. Cuma pastikan penjarakan sosial masih diamalkan (bagi Muslim) hehe.

Sumber: FB munir mohd via kisahdunia

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending