Connect with us

#viral

“Memang Pernah Suruh Suami Kahwin Lain, Tapi..” – Isteri Tinggal Sebelah Ovari dan Tiub Fallopio Terkejut Hamil

“Betul-betul tak sangka sebenarnya yang saya akan pregnant juga walaupun dalam keadaan diri macam ni. Semua kuasa Allah.”

Itulah kata-kata dari individu wanita yang kongsikan pengalamannya melahirkan zuriat biarpun hanya memiliki sebelah tiub fallopio dan ovari.

“S4kit ini dikesan masa saya sedang bertunang lagi iaitu dalam penghujung 2014. Ada juga terasa s4kit tapi dengan nature kerja saya masa itu, selagi boleh tahan, cuba tahan.

“Ketika itu saya mula alami loya, turun berat badan dan simptom yang dialami wanita mengandung. Perut pun membuncit sikit. Hinggalah Mac 2015 bila keadaan makin buruk, saya dikejarkan ke bahagian kecem4san.

Individu yang bernama Nur Ainie kongsikan pengalamannya itu menerusi akaun Facebooknya.

“Buat imbasan (scan) rupa-rupanya ada ketumbuhan pada ovari. Di sebelah kanan, saiznya 15x20x20 sentimeter manakala di sebelah kiri kecil sikit saiznya,” kata wanita berusia 25 tahun itu.

Oleh sebab keadaannya itu, doktor yang bertugas keatas Nur Ainie terpaksa menjalankan prosedur pembedahan membuang ovari dan tiub fallopio pada bahagian kanan.

“Yang di sebelah kiri, doktor hanya buang cyst sahaja. Saya juga dikhabarkan oleh doktor yang peluang untuk hamil juga 50-50 sebab ada satu saja ovari.

“Saya berterus terang dengan tunang mengenai keadaan diri saya. Saya reda jika dia tak boleh terima… iyalah, lelaki mesti nak zuriat lepas kahwin.

“Tapi Alhamdulillah, dia setia dan tak ambil kisah apa kata orang. Dialah lelaki yang sama dan setia mendampingi saya hingga kini,” tambah Nur Ainie.

Nur Ainie dan suami tercinta menunggu selama tiga tahun sebelum lahirnya zuriat pertama lelaki mereka pada minggu lalu. Selepas mendirikan rumah tangga tiga tahun lalu, Nur Ainie menyatakan yang dia langsung tidak menduga diberikan anugerah dari Tuhan yang tiada bandingannya iaitu mengalami perasaan menjadi seorang ibu.

“Saya dan suami berserah dan tawakal bab anak. Tapi masa dapat tahu pregnant hujung tahun lalu, rasa macam tak percaya. Ingatkan lambat period sebab cy$t… saja buat ujian kehamilan (UPT) sendiri.

“Tengok-tengok ada dua garisan. Tiga kali buat pun masih dua garisan. Kami kemudian pergi periksa di klinik… Alhamdulillah syukur saya sah pregnant,” ujarnya yang berasal dari Kulim, Kedah.

Khabar yang mengembirakan itu tanpa ragu, telah disambut dengan rasa bersyukur oleh suami dan kedua belah pihak keluarga.

“Kalau ikutkan, opah yang paling gembira dan teruja sebab dapat timang cicit ketiga. Opah cakap Allah makbulkan doanya. Ibu mentua pula ucapkan terima kasih berikannya cucu.

Biarpun sudah mengetahui akan kondisi kesihatan Nur Ainie sebelum berkahwin, suaminya tetap setia berada disisi.

“Sebelum ini saya mengasuh anak saudara yang kami suami isteri anggap macam anak sendiri. Mungkin berkat daripada situ juga Allah kurniakan rezeki,” luahnya.

Minggu lalu, Nur Ainie dengan selamat, telah melahirkan zuriat pertamanya secara normal.

Tidak disangka apa yang dikongsikan menjadi tvlar, dia mengatakan tujuannya itu untuk penjadi pembakar semangat kepada wanita yang sama nasib dengannya agar selalu percaya dengan rezeki Allah SWT dan tidak sesekali berputus asa.

Berikut merupakan komen-komen dari pelayar maya yang kongsikan perasaan gembira dengan kelahiran bayi pertama Nur Ainie.

“Bila saya down, memang pernah ja saya suruh suami kahwin lain, tapi dia tak mahu. Suami saya selalu cakap ‘orang yang sakit juga berhak untuk rasa bahagia, bukan asal sakit ja kita kena tinggalkan dia, bahkan kitalah yang kena support dia’.

“Bagi mereka yang seperti saya atau masih lagi menunggu, kalau ada orang bertanya, tak usah terlalu risau. Percayalah pada rezeki dan aturan Allah,” katanya sebagai penutup cerita.

Sumber: mStar

Continue Reading

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya