Demam Panas Dan Hilang Selera Makan, Man Kidal Dan Isteri Positif ¢σνι∂ -19

Sambutan Hari Raya Aidiladha disambut hiba oleh pemain gitar legenda, Man Kidal apabila dia dan isterinya Norlaila Yusof disahkan positif ¢σνι∂-19.

Berita duka itu dikongsikan oleh anak bongsunya, Nur Syahira Rahman, 25, yang memaklumkan ibu bapanya sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah.

“Saya syak mak dijangkiti ¢σνι∂-19 selepas pergi membeli barang keperluan dapur di sebuah pasar raya di Mutiara Damansara”.

Itu jawapan anak bongsu kepada gitaris legenda, Man Kidal atau nama sebenarnya Abdul Rahman Mahmood setelah dia dan isterinya, Norlaila Yusof disahkan positif ¢σνι∂-19.

Menurut Nur Syahira Rahman, 25, ibunya ada mengunjungi pusat beli-belah tersebut pada 10 Julai lalu dan mula mengalami gejala batuk dan pening kepala pada keesokan harinya.

Sah positif ¢σνι∂-19

“Minggu lepas mak disahkan positif ¢σνι∂-19 selepas mengalami demam berpanjangan dan batuk.

“Selepas beberapa hari demam, saya meminta mak untuk ke klinik membuat ujian calitan pada 14 Julai.

“Hasil ujian tersebut, ternyata mak positif ¢σνι∂-19 dan diarahkan menjalani kuarantin kendiri di rumah,” katanya ketika dihubungi.

Papa masih demam dan hilang selera makan

“Apa yang menyedihkan, petang semalam papa dimaklumkan dijangkiti ¢σνι∂-19. Dia juga mengalami demam panas dan sakit badan. Bagaimanapun bapa saudara dan dua anak saudara didapati negatif wabak berkenaan,” katanya.

“Disebabkan itu, papa, bapa saudara dan dua anak saudara perlu menjalani ujian saringan kerana mereka tinggal serumah.

“Saya menghubungi mereka setiap sejam untuk mengetahui perkembangan terkini. Ketika disahkan positif, keadaan mama sangat teruk. Mama demam hingga tak boleh bangun dan hilang deria bau.

“Bagaimanapun sakitnya beransur pulih, semalam. Cuma sekarang ini papa masih demam dan hilang selera makan. Ketika hubungi mereka pun saya tak dapat berbual lama tapi syukur dapat mendengar suara dan mengetahui perkembangan mereka.

Sambutan Aidiladha sangat berbeza

Menurut Nur Syahira, sambutan Aidiladha kali ini sangat berbeza dan amat menyedihkan mereka sekeluarga.

“Sambutan Aidiladha tahun ini sangat berbeza sebab kami tak dapat nak sambut bersama seperti tahun-tahun sebelum ini. Selalunya mama akan sediakan juadah raya tapi kali ini terpaksa menanggung sakit,” katanya.

Ujarnya lagi, bapanya turut melakukan ujian calitan beberapa hari kemudian kerana bergejala demam dan disahkan positif semalam.

“Buat masa sekarang, mereka ditempatkan dalam satu bilik yang sama di rumah.

Sudah maklum KKM

Sementara itu, Syahirah nyata tidak dapat menyembunyikan rasa bimbang akan keadaan yang dialami kedua orang tuanya.

“Sudah tentu sebagai anak, saya merasakan risau lebih-lebih lagi mak berisiko kerana menghidap kencing manis dan darah tinggi,” katanya.

“Saya sudah memaklumkan keadaan mama papa pada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kini hanya menanti tindakan selanjutnya. Namun jika berlaku sebarang kecemasan KKM minta bawa mama papa ke hospital segera,” katanya.

Dalam masa sama, Nur Syahira memohon orang ramai untuk mendoakan kesihatan ibu bapanya agar segera sembuh.

“Sama-sama kita doakan semoga mama papa cepat sembuh. Saya sangat risau memandangkan usia mereka sudah meningkat,” katanya.

 

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.