Comel! Memerang Sering Datang Ke Rumah Siap Berenang Dalam Kolah, Nak Tidur Pun Siap Kena Dodoi. Kalau Lapar Bagi Roti Canai Pun Layan

SEPERTI sebuah kolam renang, seekor memerang kelihatan sangat comel berenang dalam sebuah kolah di bilik mandi.

Dalam siri video berasingan yang dimuat naik di aplikasi TikTok, memerang berkenaan lena dibuai mimpi ketika didodoikan seperti bayi.

Sikap manja dan jinak yang ditunjukkan haiwan tersebut semasa bersama seorang gadis telah menarik perhatian ramai wargamya.

Bercerita di sebalik kisah, gadis tersebut, Nuraina Mohd Sufian menjelaskan bahawa memerang berkenaan bukanlah haiwan peliharaannya, sebaliknya ia datang berkeliaran dari kawasan hutan berhampiran yang terletak kira-kira 20 meter dari rumahnya di Tanah Merah, Kelantan.

Tambah gadis berusia 22 tahun itu lagi, kebiasaannya beberapa ekor memerang akan datang untuk singgah mandi dalam tong air di luar rumahnya.

“Seminggu tu 3 ke 4 hari ia (memerang) datang mandi dalam tong air depan rumah. Tong tu sentiasa ada air sebb mak saya guna untuk siram bunga.

“Dan memerang tu selalu datang makan makanan kucing di tepi rumah. Dulu ada nampak 3 ekor tapi sekarang dah tinggal seekor,” katanya kepada mStar.

Comel! Memerang kerap singgah rumah berenang dalam kolah, nak tidur siap didodoi… kalau lapar roti canai pun layan

Seekor memerang gemar bermain air.

Lebih mesra disapa Suena, kecomelan dan kejinakan haiwan tersebut telah menarik perhatiannya dan keluarga, lantas melayan memerang itu seperti haiwan peliharaan setiap kali ia singgah ke rumah.

“Saya dan famili memang suka binatang, kasihan dekat dia lapar dan kurang kasih sayang. Memerang ni jinak dan manja bila kita selalu bagi makan.

“Saya beri dia makan biskut, makanan kucing, ikan atau ayam. Dia paling suka makan ikan mentah dan roti canai. Lama-kelamaan dia nampak lebih jinak dan manja,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Dalam pada itu, anak bongsu daripada 5 beradik itu berkata, dia dan keluarga membela 12 kucing, 4 burung dan 7 ekor ayam di rumah.

Comel! Memerang kerap singgah rumah berenang dalam kolah, nak tidur siap didodoi… kalau lapar roti canai pun layan

Memerang yang diberi nama ‘Baby’ itu begitu manja dengan Suena.

Walaupun sering singgah untuk mandi dalam tong air di rumah luar rumah, namun Suena berkata, memerang yang diberi nama ‘Baby’ itu juga pernah ‘terlepas masuk’ sesat mandi di bilik air.

“Selain manja, memerang ni sifatnya suka main air, ais, tempat sejuk dan gelap. Dia juga suka kacau kucing atau ayam berebut makanan.

Comel! Memerang kerap singgah rumah berenang dalam kolah, nak tidur siap didodoi… kalau lapar roti canai pun layan

“Selalunya ia mandi dalam tong air depan rumah atau saya isi air dalam baldi je, juga di luar rumah. Tapi suatu hari masa saya nak mandi, tiba-tiba terdengar bunyi air di bilik mandi.

“Saya terkejvt bila tengok dia syok berenang dalam kolah. Dia cvri masuk mandi! Itu yang saya rakam sebelum buang air tu dan diisi semula,” tambahnya.

Comel! Memerang kerap singgah rumah berenang dalam kolah, nak tidur siap didodoi… kalau lapar roti canai pun layan

Gelagat memerang di rumah Suena.

Sementara itu, Suena yang bekerja sendiri sebagai terapi kecantikan dan menjalankan perniagaan secara dalam talian memberi nasihat supaya berbuat baik kepada haiwan liar seperti memberi makanan.

“Beri makan apa yang dia boleh makan, kita berbuat baiklah dengan binatang. Tak rugi pun. Bila terjumpa, jangan mudah untuk t4ngkap atau pegang t4kut nanti kena gigit.

“Kalau nak haiwan ni jinak kena selalu beri makan dan jangan paksa. Bila jinak, dia akan manja dengan kita. Masa saya menyapu, dia gigit penyapu tak nak lepas.

“Bila terlepas dia mar4h, lucu sangat tapi comel. Masa dia rebut air cendol sebab nak ais, lucu je bila dia m4rah macam nak gigit sebab tak dapat,” katanya.

Sumber : Mstar

Check Also

Dah Tahu Miskiin Beranaak Setiap Tahun Kenapa. Kata-kata Hiina Seorang Guru dan Kawan Sekelas Buatkan Beliau Buktikan Anak Petani Pun Serba Boleh

Bukan semua orang bertuah seperti kita. Tinggal di rumah yang selesa, ada ibu bapa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.