“Mana Pergi RM20 Juta Hasil Derma Rakyat Malaysia?” – Ebit Lew Persoal Nadir Al-Nuri

Pelbagai persoalan berkenaan isu pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew menjalani misi kemanusiaan di Gaza yang membabitkan dakwaan beberapa individu akhirnya dijawab oleh tuan empunya diri.

Ebit tampil menjawab beberapa dakwaan dari rakyat Malaysia yang tinggal di Gaza, Palestin yang juga merupakan Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri terhadap pihaknya seperti yang tular semalam.

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew juga mempersoalkan bagaimana RM20 juta yang dikumpul Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri hasil kutipan tabung derma diagihkan kepada rakyat Palestin.

Menerusi sesi sidang media yang disiarkan secara langsung di media sosial sebentar tadi, Ebit terpaksa bertanya mengenai perkara tersebut selepas segelintir warganet mendakwa beliau menggunakan duit sumbangan rakyat Malaysia untuk menjayakan misi kemanusiaan di Gaza.

Menjawab tuduhan tersebut, pendakwah berusia 36 tahun itu berkata, beliau telah menggunakan duitnya sendiri bagi menanggung segala kos perbelanjaan sepanjang berada di sana.

“Ramai yang maki saya, mereka ingat saya bawa duit rakyat Malaysia pergi sana. Yang kumpul duit ini adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dimana kali ini diketuai oleh Nadir.

“Saya memang tak pernah buka sebarang tabung untuk menjalankan misi di Gaza, persoalan yang patut ditujukan adalah kepada Nadir, ke mana pergi duit RM20 juta yang didermakan rakyat Malaysia untuk sumbangan di Gaza setiap tahun?

“Ada dalam live, dia beritahu dapat RM20 juta. Jadi yang kumpul duit ni adalah Nadir. Bukan sikit, banyak dia kumpul hasil kebaikan rakyat Malaysia.

“Jadi dia tanya saya… patut soalan tu dituju kepada beliau, terangkan mana duit RM20 juta tu. Saya pun bukan nak tanya, tapi ada yang maki saya.

“RM20 juta tu setahun, tahun depan RM20 juta lagi dan seterusnya. Banyak NGO kat sana yang baik dan ikhlas, tapi saya tujukan soalan pada Nadir. Ada bukti, resit begitu begini?,” soalnya.

Selain mahu Nadir tampil membuktikan mengenai RM20 juta sumbangan rakyat Malaysia dalam usaha membantu rakyat negara yang bergolak itu, beliau juga menegaskan tidak tahu mengenai syarikat Hala seperti yang didakwa.

Namun, Ebit tidak menafikan masuk ke Gaza dengan membayar sejumlah bayaran yang semuanya menggunakan duit poket sendiri.

Apalagi Nadir juga menuduh pihaknya membayar harga yang tinggi kepada syarikat Hala untuk masuk ke Gaza sehingga menyukarkan NGO atau organisasi lain di seluruh dunia untuk berada di negara itu pada masa hadapan.

“Sejujurnya, saya tak tahu menahu tentang syarikat Hala seperti yang disebutkan.

“Kami masuk ke Gaza dengan khidmat syarikat Lucky Tour yang mengenakan harga yang lebih murah berbanding Mile Of Smiles. Nadir pernah menyebut satu-satunya cara untuk masuk ke Gaza adalah melalui Mile Of Smiles, tetapi setelah kami membuat pertanyaan, syarikat itu mengenakan harga A$10,000 (sekitar RM50,000) setiap orang.

“Disebabkan mahal, kami memilih syarikat Lucky Tour yang hanya mengenakan bayaran sebanyak A$2,500 (RM10,000) setiap orang.

Sementara itu, mengenai barangan bantuan yang dibeli pihak Ebit di Kaherah, Mesir juga telah tiba di Gaza pada Hari Raya Aidiladha pertama.

Kata Ebit, perkara itu dapat dibuktikan menerusi video yang dikongsi oleh kerajaan Mesir.

Beliau berharap dengan pencerahan yang dibuat, Nadir akan tampil menjelaskan mengenai dakwaan dakwaan yang dibuat menerusi penulisannya sehingga tular dan mempengaruhi segelintir masyarakat.

Sumber: Facebook Ebit Lew OMM gempak

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.