Connect with us

#news

“Meng4ndungi R4cun Berjadual” – KKM Keluar Notis Larang Guna 9 Produk Kosmetik Ini

15 Julai 2020, satu kenyataan disuarakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkenaan produk-produk kosmetik yang mengandungi r4cun berjadual.

Hal yang demikian, orang awam disarankan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengelak dari membeli dan mengamalkan produk-produk kosmetik yang disenaraikan atas sebab kandungan r4cun dikesan.

Berikut adalah jenama produk-produk mengandungi r4cun berjadual:

1. Deeja Cosmetics Laika Cream mengandungi Merkvri.

2. Deeja Cosmetics Zulai Cream mengandungi Hydroquinone.

3. Deeja Cosmetics Yus Cream mengandungi Hydroquinone.

4. Dnars Luvee Cream (Normal & Sensitif) mengandungi Hydroquinone.

5. Dnars Gold Lifthing Serum (Night) mengandungi Merkvri.

6. Sparkle Beauty Cream mengandungi Hydroquinone, Tretinoin & Betamesthasone 17-Valerate.

7. Sparkle Sun Day Cream mengandungi Merkvri.

8. Qeziger Age-locking Recharging Spot A.M Cream mengandungi Merkvri.

9. MS Skinz Night Cream mengandungi Merkvri.

Pemberitahuan untuk produk-produk kosmetik diatas juga telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi.

Produk-produk terlibat tidak lagi dibenarkan untuk tujuan jual beli di Malaysia.

Selain itu, produk yang mempunyai kandungan r4cun seperti Hydroquinone, Tretinoin, Betamethasone 17- Valerate merupakan ubat yang perlu mendapat iktiraf dari Pihak Berkuasa Kawalan D4dah dan hanya boleh digunakan melalui khidmat nasihat pakar dalam bidang kesihatan.

Jika kandungan r4cun berjadual diguna tanpa nasihat dan pengawasan dari pakar kesihatan, ia boleh mengakibatkan kesan sampingan yang teruk.

Berikut adalah contoh:

1. Hydroquinone menyebabkan kulit menjadi merah pada kulit yang disapu. Ia menyebabkan ketidakselesaan, warna kulit berubah dan menjadi hypersensitive. Ia menghalang kulit dari proses pigmentasi (depigmentasi) yang menyebabkan kulit tiada perlindhngan dari sinaran UV (UltraViolet) sekaligus mewujudkan risiko pengguna untuk mendapat kans3r kulit.

2. Tretinoin akan menyebabkan kulit menjadi kemerahan pada kawasan disapu, tidak selesa, menggelupas, pedih dan hypersensitive terhadap cahaya matahari jika digunakan tanpa nasihat dari pakar kesihatan.

3. Betamethasone 17- Valerate akan mengakibatkan kulit yang disapu menjadi nipis dan senang mengalami iritasi, jerawat dan perubahan pigmentasi kulit. Risiko untuk bahan ini diserap kedalam sistem pembuluhan darah dan membawa kesan lebih teruk akan meningkat.

4. Merkvri boleh memudaratkan kesihatan, jadi penggunaan bahan ini dilarang dalam produk kosmetik. Bahan ini juga boleh menyerap masuk ke dalam tubuh dan menyebabkan kerosakan buah pingg4ng dan sistem s4raf.

KKM berkeras agar penjualan produk-produk kosmetik yang mengandungi bahan merb4haya seperti diatas diberhentikan serta-merta.

Hal ini kerana perbuatan tersebut melanggar Peraturan Kawalan D4dah & Kosmetik 1984.

Individu yang melanggar peraturan tersebut akan dikenakan tindakan seperti hvkuman d3nda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.

Untuk kesalahan berikutnya (berulang), individu akan did3nda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Jika syarikat yang melanggar peraturan tersebut, ia akan dikenakan tindakan d3nda sehingga RM50,000 untuk kali pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikut (berulang).

Sumber: says seismik via tehtarikkaw

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya