“Ziarah Kubur Sejengkal Jer Dari Rumah” – Terkesan Dengan Kisah Pemuda Kena Kompaun, Bekas Player Kedah Azmeer Yusof Bantu Bayar

Bekas pemain pertahanan Kedah, Azmeer Yusof menawarkan diri bagi membantu seorang lelaki yang dikenakan kompaun RM2,000 kerana melakukan aktiviti ziarah kubur sempena Aidiladha di Jempol, semalam.

Menerusi laman Facebook, bekas pemain berusia 31 tahun itu memohon bantuan orang ramai sekiranya mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut sebelum berjaya ‘menjejakinya’ beberapa jam selepas itu.

Dah Contact Untuk Selesaikan

Menurut Azmeer, dia sudah menghubungi lelaki berusia 21 tahun terbabit sekali gus memberitahu hasrat murninya itu dan akan diselesaikan dalam masa terdekat.

“Alhamdulillah saya dah contact dengan abang yang kena saman tu. Sekarang ni abang tu dalam perjalanan ke pejabat kesihatan. InsyaAllah sebentar lagi selesai segalanya.

“Terima kasih kepada semua yang tolong cari abang tu dan mendoakan. Semoga kita semua dirahmati Allah SWT,” tulisnya.

Alhamdulillah saya dah contact dengan abang yang kena saman tu. Sekarang ni abang tu dalam perjalanan ke Pejabat…

Posted by Azmeer Yusof on Tuesday, July 20, 2021

Syukur Ramai Prihatin

Sementara itu, seorang pengguna Facebook bernama Syafiz Huzairi yang mengaku abang kepada lelaki itu berkongsi tangkap layar berita mengenai kompaun berkenaan.

Menulis dengan loghat ‘Nogori Sombilan’, Syafiz berkata adiknya itu melakukan ziarah ke kubur yang tidak jauh dari rumahnya selain bersyukur kerana ramai insan prihatin yang ingin membantu.

“Kesian adik den sorang nie kono kompaun.. ziarah kubur arwah ayah ehh yang dio sendiri tak sempat nak jumpo.. pastu bawak pulak anak buah ehh ziarah kubur arwah omak ehh..

“Rumah dekat je, bukan rentas daerah pun.. sejengkal yo umah ehh dari kubur.. haihh apo pun tunggu keputusan KKM untuk kompaun.. alhamdulillah ramai yang nak tolong,” katanya.

Bagaimanapun setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada lelaki berkenaan ada mengemukakan sebarang rayuan pengurangan jumlah kompaun di pejabat kesihatan itu atau membayar jumlah yang telah ditetapkan.

Terdahulu, memetik laporan BH Online, lelaki itu datang bersama dua anak saudaranya ke tanah perkuburan tersebut sebelum ditahan oleh pasukan khas pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di Tanah Perkuburan Islam FELDA Palong 12 dan 13.

Sumber: Facebook Azmeer Yusof & Syafiz Huzairi , BH Online (Abnor Hamizam Abd Manap) OMM

Check Also

“InsyaAllah Bekalan Di Alam Kubur Daddy & Mommy” – Anaqi Mula Rajin Mengikuti Solat, Amar Baharin Berdoa Semoga Anak Menjadi Insan Soleh

Setiap ibu bapa sudah pasti ingin memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan harapan si kecil …

Leave a Reply

Your email address will not be published.