Connect with us

#news

Menitis air mata ibu melihat bayi diambil ujian saringan COVID 19 kali kedua

“Puan, anak puan ni perlu ambil ujian untuk kali kedua.”

“Tolonglah doktor. Saya kesian sangat pada anak saya ni.” Ini antara kata-kata yang kedengaran di wad hospital pada musim penularan wabak Covid-19 ketika ini.

Perkongsian ini dicatatkan menerusi Facebook seorang doktor di Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Samhan Awang yang menceritakan betapa risiko jangkitan Covid-19 boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, termasuk bayi.

“Dari dalam cermin kaca, kami lihat dengan jelas bayi yang baru berusia empat bulan telah didiagnos positif Covid-19 pada ujian pertama. Kini selepas beberapa tempoh perlu ambil lagi ujian untuk kali kedua.

Ibu mana hati tak luluh..

“Menitis air mata ibunya melihat anaknya diperlakukan begitu. Memang satu pemandangan yang sayu tapi kami bukannya kejam. Kami bukannya tiada hati perut,” tulis Dr Ahmad.

Beliau menjelaskan bahawa proses ujian kedua itu wajib dilakukan supaya petugas kesihatan dapat memastikan keputusan ujian yang diperoleh adalah tepat.

COVID 19 menyerang tidak kira usia

Selain itu, katanya virus Covid-19 kini merebak dengan cepat dan datang dari pelbagai kluster yang belum dapat dikenal pasti.

“Covid-19 ini tak mengenal siapa. Tidak kira muda atau tua, lelaki atau perempuan, dewasa atau bayi. Tidak juga ia memilih warna kulit apatah lagi kaum. Kita jaga kita,” katanya.

Disiplinkan keluarga anda kekal didalam rumah

Justeru nasihat Dr Ahmad kepada semua rakyat Malaysia agar terus berada di rumah memandangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan masih aktif dan dilanjutkan sehingga 14 April ini.

“Jika balik dari membeli barang keperluan, pastikan terus basuh tangan dengan sabun sebelum sentuh anak. Tukar semua pakaian dan mandi. Bimbang secara tak sedar kita sebenarnya sedang membawa virus ini dari luar,” nasihat beliau.- Bernama

Continue Reading

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya