Connect with us

#viral

Mewah & Manjakan Isteri Dengan Makanan, Lelaki Di Puji Tidak Berkira Soal Duit Dengan Isteri

Setelah penat menjadi suri rumah atau mencari rezeki dalam menjalani kehidupan rumah tangga, setiap wanita sewajarnya mendapat layanan terbaik daripada suami masing-masing.

Wanita bukan mahukan duit atau harta, tetapi cukup sekadar usaha daripada lelaki itu tak kisah sama ada dengan meluangkan masa bersama ataupun melakukan aktiviti kesukaan bersama-sama.

Hal itu telah diilustrasikan dengan sesuai sekali oleh seorang ‘Food Reviewer‘ terkenal di Twitter yang dikenali sebagai Ash yang selalu menghargai usaha isteri dan membalas jasa isterinya dengan membawa isteri tersayang keluar merasai berbagai jenis makanan yang ternyata sedap tak terhingga.

“I spoil my wife with food”

Menerusi laman sosial Twitter, Ash yang berusia 28 tahun itu kongsikan sebuah video menunjukkan kerenah isterinya yang menjamu beberapa jenis menu pencuci mulut yang sudah tentu disukai oleh wanita itu.

Hanya berdurasi 27 saat, video tersebut meraih lebih 261,000 tontonan, 4,669 tanda suka dan 11,000 ‘retweet‘. Tidak terlepas, netizen di Twitter juga melemparkan reaksi yang berbagai terhadap video itu.

Majoriti pelayar di Twitter menyifatkan isteri Ash itu sebagai seorang wanita yang sangat bertuah atas tuahnya memiliki seorang suami yang melimpahkan ‘kemewahan‘ dan rezeki berbentuk makanan malah nampak seperti tidak kisah jika berat badan isterinya bertambah.

Semoga para isteri diluar sana dikurniakan suami yang sebaik Ash ini. Tidak makanan, banyak perkara lain yang mampu dikongsikan ‘kemewahan‘. In Shaa Allah.

Suami Janganlah Kedekut & Terlalu Berkira, Takkan Miskin Setia Tanggung Isteri

Tekanan sara hidup sememangnya menjadi beban buat suami isteri apalagi yang sudah mempunyai anak. Oleh itu, ramai wanita zaman kini yang keluar bekerja bagi membantu ekonomi keluarga selain bergantung harap kepada duit suami semata-mata.

Namun kadangkala, memilih untuk berhenti kerja dan fokus menjaga rumah adalah pilihan terbaik buat sesetengah wanita. Apa yang penting, suami haruslah bertimbang rasa khususnya apabila menyentuh tentang isu nafkah.

Tak rasa sesak langsung tengah bulan

Mungkin ada lelaki yang merasa duit tidak cukup sekiranya isteri tidak bekerja. Tetapi bagi seorang lelaki bergelar Firdaus Shakirin ini, dia mempunyai kisah yang sebaliknya.

Suatu ketika dahulu, isterinya juga mempunyai kerja sendiri dan tidak dinafikan hidup mereka agak senang. Namun selepas anak ketiga lahir, lelaki ini mula berfikir agar isterinya berhenti kerja untuk fokus menjaga rumah tangga.

Jiwanya sebagai seorang suami seakan berbelah bahagi kerana risau keputusan itu bakal memberikan kesan kepada kewangan keluarga.
Mewah & Manjakan Isteri Dengan Makanan, Lelaki Di Puji Tidak Berkira Soal Duit Dengan Isteri

Takkan miskin suami yang tanggung isteri sepenuhnya

Namun mereka terus nekad demi memastikan keadaan anak terjaga. Ternyata keputusan yang pada awalnya diragui kini menunjukkan kesan positif.

Hampir 4 tahun isterinya menjadi suri rumah sepenuh masa, namun Firdaus selalu merasa cukup dengan rezeki yang diterimanya selama ini.

Melalui kisah ini, terbuktilah bahawa keberkatan menanggung kehidupan isteri dengan pemberian nafkah seikhlas hati akan dibalas dengan rezeki yang tak putus-putus.

Mewah & Manjakan Isteri Dengan Makanan, Lelaki Di Puji Tidak Berkira Soal Duit Dengan Isteri

Suami jangan kedekut dengan isteri, beri semua gaji pada mereka, rezeki lebih banyak! – Luah suami ini

Mewah & Manjakan Isteri Dengan Makanan, Lelaki Di Puji Tidak Berkira Soal Duit Dengan Isteri

Salah satu masalah yang cukup sensitif dan mampu mencetuskan konflik dalam rumah tangga adalah masalah kewangan. Oleh sebab itu, pasangan suami isteri harus berbincang tentang isu ini dengan teliti. Tapi suami jangan kedekut dengan isteri.

Kenapa? Ha… mari ikuti luahan seorang suami yang bernama Budi ini. Dalam status Facebook miliknya, suami ini membuktikan bagaimana perbuatan suami jangan kedekut dengan isteri mampu mendatangkan keuntungan di kemudian hari.

Apa yang lebih menggemparkan, Budi bukan saja tidak kedekut dengan isterinya, malah beliau sendiri sanggup memberi semua gaji beliau kepada si isteri!

Apa yang beliau dapat lihat selepas itu adalah rezeki yang semakin melimpah-limpah. Status ini mendapat pelbagai respon para netizen. Jom tengok apa penjelasan suami ini.

Suami jangan kedekut dengan isteri, serahkan semua gaji anda pada mereka

***

Aku ada isteri yang hobinya asyik ke shopping mall,

Selera belanja dia tinggi, semua mahal-mahal,

Kadang aku fikir, apa yang dia mahu? Adakah aku mampu menampungnya? Adakah aku akan mampu untuk menyimpan?

Kalau betul aku mampu untuk menyimpan buat masa depan pun, adakah aku akan sanggup buat? Jadi diam-diam aku menyimpan sedikit duit tanpa pengetahuan isteri,

Niat aku hanya ingin mempunyai simpanan bagi masa depan…

Tapi sebenarnya?

Sebenarnya aku sering terbabas,

Aku akan tergoda dengan hobi aku,

Aku akan tergoda dengan kata-kata kawan,

Aku akan tergoda membeli barangan yang tidak penting.

Akhirnya, tiada apa yang aku sempat simpan pun. 

Jadi satu hari aku ambil keputusan… Aku akan beri semua gaji aku pada si isteri,

Biar dia yang uruskan semuanya,

Biar dia buat apa saja. Kalau habis duit itu, maka habislah.

Aneh…. 

Selepas aku beri semua gajiku itu, isteri berbelanja biasa-biasa saja. 

Malah rezeki kami tidak berhenti-henti mengalir. Aku bukan ingin berlagak sombong tapi MasyaAllah, Tuhan kurniakan lebih banyak rezeki untuk kami sekeluarga! Aku sungguh tidak sangka…

Anak-anak kami cemerlang di sekolah setelah kami mampu menghantar mereka ke sekolah terbaik,

Kami ada kereta yang mampu dibeli,

Rumah juga aku berjaya beli 2 tahun lepas,

Kami pergi melancong setiap tahu. Yang lebih syukur, kami mampu pergi Haji!

Adakah ini sebab isteri yang mengurus kewanganku, atau sebab isteri yang bahagia adalah keluarga yang bahagia? 

Aku tak pasti. Tapi percayalah, suami jangan kedekut dengan isteri. Tiada istilah membazir jika duit gaji anda itu diguna demi isteri dan keluarga. 

Jangan sesekali kedekut dengan isteri dan keluarga. Percayalah, kewangan anda akan semakin berkat dan semakin bertambah kerana anda percaya dengan isteri.

Tak percaya? Cubalah dulu. Baru anda tahu kata-kata aku ini 100% betul!

***

Suami jangan kedekut dengan isteri. Isteri yang bahagia adalah keluarga yang bahagia

Umumnya, pihak isteri memang lebih dipercayai sebagai “menteri kewangan” dalam mengendali hal kewangan keluarga. Hal ini mungkin kerana isteri lebih memahami tentang selok-belok kewangan dan harga barang.

Jadi tidak hairanlah bagaimana seorang isteri boleh dengan bijak dan amanah mengaturkan kewangan. Jika tidak, mungkin duit perbelanjaan itu akan habis sebelum cukup bulan!

Bagi saya, mungkin dengan memberi semua gaji suami pada isteri akan membuatkan isteri lebih peka tentang jumlah wang yang mereka ada. Dari kesedaran itu, isteri akan bijak berbelanja untuk tidak mendapat susah di kemudian hari.

Jadi ibu-ibu, siapa di antara anda di sini yang memegang semua gaji suami? Apa pendapat anda tentang hal ini?

Sumber: theasianparent, OMM, erinsakura

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya